CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berjaya Miliki Wisma Sendiri, Wawa Dan Aeril Teruskan Impian Untuk Bina Masjid Pula

24-3-2022 09:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 917| Komen: 3|Original author: Tatod


Pasangan selebriti dan usahawan, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal kini mampu menarik nafas lega selepas berjaya memiliki wisma perniagaan sendiri yang bernilai RM3.2 juta. Namun, apa yang lebih menggembirakan pasangan itu adalah penubuhan Yayasan Ibnu Sunari akhirnya diluluskan.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin menjelaskan bahawa penubuhan yayasan berkenaan adalah bagi memudahkan urusan mereka untuk membina masjid di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor yang tertunda sejak 2020.

"Nak bina masjid di sana bukan asal boleh. Kena ada satu akaun asing atau yayasan. Atas nama syarikat susah. Jadi, kami tubuhkan Yayasan Ibnu Sunari sempena nama bapa Aeril. Yayasan ini pun sudah diluluskan pada minggu lalu jadi sekarang ini kena buka akaun dahulu baru boleh mulakan pembinaan masjid di lokasi sama. 

"Dua tahun perancangan ini terpaksa ditangguhkan. Bukan mudah sebab benda baik selalunya pasti ada rintangan dan dugaan. Sepanjang dua tahun rasa macam susah untuk buat benda baik. Kadang-kadang rasa macam nak putus asa pun ada. Apa pun, saya doa agar impian kami ini dipermudahkan," katanya.


Bercerita lebih lanjut mengenai persiapan pembinaan masjid berkenaan, kata Wawa, bayaran rekaan masjid dan pereka sudah pun siap dibayar. Sebelum wabak Covid-19 menyerang seluruh dunia, mereka dimaklumkan kos pembinaan sekitar RM1.4 juta. Bagaimanapun, kos terkini meningkat satu kali ganda dan menjadi RM2.5 juta.

"Kami sudah asingkan nilai kos yang disebutkan kali pertama tetapi mungkin selepas ini kami akan buka pada orang ramai jika ada yang mahu turut sama menyumbang," kata Wawa.

Sementara itu, Aeril pula menjelaskan pembinaan masjid itu bukan nazar tetapi niat yang sejak sekian lama ingin direalisasikan. Dia bimbang seandainya perkara itu tidak dilunaskan sebelum dia 'pergi' menghadap Ilahi.



Katanya lagi, penubuhan yayasan itu juga bukan sekadar untuk memenuhi syarat pembinaan masjid tersebut tetapi juga membolehkan mereka memberikan bantuan kepada golongan memerlukan dalam skala lebih besar.

"Selain untuk bina masjid, yayasan itu juga untuk buat agihan bantuan lebih besar. Kami ingin seimbangkan bisnes dan bantu orang lain. " -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 24-3-2022 03:53 PM
aku mcm nmpk love bite jer kt leher aril
Quote kelip2_07 24-3-2022 03:53 PM
aku mcm nmpk love bite jer kt leher aril
Quote alieyrina 25-3-2022 08:05 AM
Yayasan? Ok ... m.o baru kaa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.028634 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top