Mula bertapak dalam bidang lakonan sejak kanak-kanak, Syafie Naswip terus bertahan dan kekal relevan. Walaupun semakin hari semakin ramai bakat baharu muncul, itu tidak membuatkan Syafie melihat mereka sebagai pesaing.
"Saya tak pernah menganggap kehadiran bakat-bakat baharu terutamanya dari media sosial sebagai satu persaingan. Bagi saya, masing-masing ada cara tersendiri dan bakat masing-masing. "Kalau nak bercerita mengenai kemampuan, saya yakin setiap daripada kita akan menyerlah kalau dapat skrip dan pengarah yang dapat membantu," katanya.
Berkongsi mengenai karier seninya yang masih lagi berlangsung dengan baik, Syafie berkata, dia tidak pernah menjadi terlalu memilih dalam menerima apa-apa tawaran. "Saya tak pernah terlalu cerewet atau memilih kerja. Dari segi peluang dan rezeki, itu semua Allah sudah tetapkan. "Secara peribadi, saya tak pernah kisah pun dengan siapa saya bekerja. Kalau saya rasa sesuai untuk saya buat dan saya berkemampuan untuk menjayakannya, saya akan terima," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT