CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Manusia Bermula Dengan Adam Dan Hawa, Allah Siapa Cipta?" Budak Tiktok Dikecam

23-3-2022 05:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2616| Komen: 13|Original author: tatod


Seorang pengguna TikTok memuat naik video menyentuh isu berkaitan penciptaan manusia. Video berdurasi 15 saat itu turut disunting dengan tulisan mengatakan bahawa manusia itu bermula dengan Adam dan Hawa kerana pasangan itu diciptakan oleh Allah. 

Namun, apa yang menjadi isu adalah apabila lelaki yang dikenali dengan nama di TikTok, Mr. Amrmuhd itu bertanyakan siapa pula yang menciptakan Allah. Di Twitter, perkara ini menjadi perbincangan hangat.


Jejaka yang mengulas perkara itu di Twitter iaitu Fawwaz mengatakan Amrmuhd mencipta kandungan sedemikian demi meraih tontonan dan like. 

Fawwaz turut berkongsi semula video Amrmuhd di TikTok yang menjawab setiap komen negatif netizen dengan mimik muka yang menunjukkan dia seolah-olah tidak faham dengan maklum balas sedemikian sedangkan dia belum selesai memuat naik keseluruhan video untuk membincangkan isu yang dibangkitkan.


Kata Fawwaz, adalah perkara normal bagi seseorang yang pernah terfikir soalan sebegitu namun adalah lebih baik andai dia bertanya secara terus kepada pihak yang lebih tahu dan bukannya dijadikan content semata-mata.

Meninjau pada ruangan komen sebahagian besar kurang bersetuju dengan cara pendekatan yang dilakukan oleh Amrmuhd. Ada yang mengatakan jawapan pada pertanyaan yang dibangkitkan itu sebenarnya boleh difikirkan sendiri. Malahan, jawapan kepada pertanyaan itu juga sudah dijelaskan dalam Surah Al-Ikhlas.



Terdapat juga netizen yang menggesa Jakim mengambil tindakan terhadap Amrmuhd. Timbul rasa bimbang content berkenaan akan mempengaruhi fikiran waras individu yang baru mengenal Islam hingga mengganggu emosi sekali gus menggoyahkan kepercayaan mereka.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 23-3-2022 05:51 PM
nak salahkan dia pun serba salah
kalau dah tak tau nak buat macam mana
sebetulnya sejak kecik mak ayah dah bagitau
melainkan mak ayah pun seangkatan dengannya

Quote Jijoli 23-3-2022 07:36 PM
Aku pernah terbaca alam  ni seperti mesin besar ada aturan sendiri , cikgu aku ckp kalau terdetik dlm hati pertanyaan spt budak ni stop dan tak perlu difikirkan lagi
Quote Adrif 23-3-2022 08:23 PM
jawapan kepada soalan dia, ada dalam Asmaul Husna, 99 nama Allah S.W.T.

boleh google maksud 99 nama tu. insyaallah faham.

kat wiki pun ada.

kalau untuk content semata, tak patut lah dia buat macam tu.
tapi kalau dia terdetik nak tau, mungkin Allah nak buka pintu hati dia, bagi hidayah. wallahualam bissowab.
Quote ~boolean 24-3-2022 12:35 AM
Aku pun peenah tanya tapi tak lah sampai kemaruk nak buat konten...

Tak tahu carilah orang yang berilmu..bukannya buat tik tok. Bodoh.
Quote anony-mous 24-3-2022 04:06 AM
Syukur hidup zmn raihan hijjaz rabbani. Dan setau i, dulu selalu ajar kat sekolah terjemahan surah Al-Ikhlas (xingat nama surah)

“Dia tidak dilahirkan & tidak pula melahirkan”

So apa yg xpaham lg? Masa subjek agama ponteng ke?
Quote anony-mous 24-3-2022 04:08 AM
Jijoli replied at 23-3-2022 07:36 PM
Aku pernah terbaca alam  ni seperti mesin besar ada aturan sendiri , cikgu aku ckp kalau terdetik dl ...

I pernah tanya my mom masa kecik, after kiamat, semua dah dpt pembalasan n semua dah masuk syurga, apa jd lepas tu? Sb i terbayang sunset mcm penutup filem. Adakah dunia baru akan wujud? Dgn manusia2 lain atau adakah kita sekali lg akan turun ke bumi melalui ujian yg lain atau sama? Mak i ckp jgn fikir benda yg x ada jawapan, sometimes boleh gila. Dlm quran pon ada sebut tp i xingat ayat apa yg ilmu Allah pinjamkan kita kat dunia ni dlm berapa percent je. Masih byk n luas lg ilmu Allah yg x terjangkau dek akal manusia. Byk rahsia2 alam
Quote sharlenetexas 24-3-2022 05:06 AM
Nak terfikir terlintas boleh. Tapi jgn terbawa2 sampai takde hujung. Silap fikir dan tak boleh carry boleh gila isim dik oi.

Quote sharlenetexas 24-3-2022 05:08 AM
Macam weols duk berbincang zaman fatrah kat thread arwah jit hari tu.


Quote johan-adx 24-3-2022 08:41 AM
ada benda yg bole dizahirkan..ada benda yg tak perlu dizahirkan..
kena mendalami ilmu agama lg
Quote elzy 24-3-2022 09:02 AM
Allahuakhbar.. Baca dan fahamkan surah al-Ikhlas..
Tak tahu tanya ahli agama bertauliah bukan tanya di TikTok..
Quote Nnasda53 24-3-2022 09:55 AM
Tak salah nak bertanya,tapi kalau buat semata2 untuk content.
Memang sejenis lapar perhatian.
Quote uori 24-3-2022 11:59 AM
dah tahu tapi sesaja buat tak tahu demi secebis content
Quote kucingitam 24-3-2022 12:10 PM
menteri agama, jakim dah boleh panggil budak ni juga..bukan jul ripin je yang boleh bawa keburukan..isu2 mcm budak ni pun parah juga

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050872 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top