CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nasib Baik Tak Habis Kon Aiskrim Tu," Fikry Ibrahim Stress Diusik Penjual Aiskrim

23-3-2022 04:46 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2169| Komen: 5|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Fikry Ibrahim


Dengar sahaja nama Fikry Ibrahim pasti ramai yang kenal dengan selebriti kacak ini. Fikry merupakan seorang yang pandai menghiburkan hati peminat lagi-lagi dengan loghat utaranya. Setiap content yang dimuatnaik oleh Fikry di akaun media sosialnya pasti akan meraih perhatian ramai. 


Baru-baru ini Fikry telah memuatnaik video yang menunjukkan dirinya sedang membeli aiskrim di kedai Booza Ice Cream. Namun gelagatnya ketika diusik oleh penjual aiskrim itu telah membuatkan ramai peminat terhibur.

Sumber: Instagram Fikry Ibrahim

Pasti pernah melihat video orang yang diusik oleh penjual aiskrim di Turki kan?

 Namun kali ini, perkara yang sama terjadi kepada Fikry Ibrahim. Oleh disebabkan asyik dipermainkan oleh penjual untuk mendapatkan aiskrim, Fikry terus mengorak langkah untuk membalas dendam dengan mengambil kon aiskrim di tepi kedai itu dan terus makan. Raut wajah Fikry juga kelihatan 'sabar tapi nak marah'. 


Relax boleh Fikry, bukan sekali dia mengambil kon aiskrim itu, tetapi Fikry telah mengambil dua kon untuk dimakan oleh kerana 'panas' dengan aksi penjual aiskrim itu. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat nampaknya terhibur dengan gelagat Fikry Ibrahim yang nampak begitu bersahaja itu. -CARI

Sumber: Instagram Fikry Ibrahim


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 24-3-2022 05:52 PM
Aku xtao part mana kacak die ni
Quote anilanil 24-3-2022 06:09 PM
Aku rasa bersepah kot bideo org beli aiskrim turki cenggitu. Saja kan, buat content.
Quote Kancilkering 24-3-2022 08:33 PM
mata dia tu lawa le…tpi makin tgk makin bau kari atas sket dari daddy billy ain
Quote cmf_premierleag 24-3-2022 09:12 PM
Apa yg bestnye dia ni?
Nak kata hensem,zero.
Nak kata reti belako, cam haram je
Nak kata lawak, x lawak pun
Mcm retis sendu jah
Quote slyfynx 24-3-2022 09:42 PM
Ape yang terhiburnye?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069377 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top