CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haidar Hasanudin Banyak Kali Digoda Lelaki Gay, Selalu Dapat Gambar Anu

23-3-2022 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4413| Komen: 31

Keberadaan pelakon dengan nama pentas Haidar Hasanudin itu dalam industri seni hiburan baru berusia setahun jagung.

Bermula sebagai pembantu produksi yang hanya berada di belakang tabir, rezeki akhirnya memihak kepada Haidar apabila diberi peluang untuk membintangi drama bersiri Tetuan Ang & Rahimin dengan menggalas watak sebagai Ashraff, tunang kepada Budi lakonan Daiyan Trisha.

Biarpun cuma memegang watak pembantu, peluang yang diberikan tidak disia-siakan, sementelah bergelar pelakon sudah menjadi keinginan dan cita-citanya sejak kecil.

Foto: IG

Haidar percaya, setiap pelakon akan melalui fasa sama dalam kerjaya mereka. Ibarat mendaki bukit, lama-lama pasti akan sampai ke puncak (kerjaya).


Sedar usianya dalam industri masih terlalu mentah, anak jati kelahiran Kuala Lumpur itu tidak mahu bersikap selektif dalam soal penerimaan watak yang ditawarkan kepadanya.

Kata Haidar, dia bimbang jika timbul cakap-cakap dalam kalangan orang industri jika bersikap memilih, sedangkan baru sahaja hendak melakar nama.


“Sebagai pelakon baharu, saya tidak boleh bersikap terlalu selektif.

“Watak yang diberikan kepada saya walaupun kecil, itu adalah permulaan untuk saya mencipta nama dan mendapatkan kepercayaan.

“Untuk peringkat awal, saya akan ambil apa sahaja watak yang ditawarkan. Sekurang-kurangnya untuk pengalaman. Cuma saya akan pastikan watak yang ditawarkan itu nanti boleh membantu saya untuk ke hadapan,” katanya.



Disoal tentang kesediaannya memikul watak yang boleh menimbulkan kontroversi atau menyentuh sensitiviti, Haidar bertegas tidak mempunyai masalah dan bersedia untuk menggalas tugas sedemikian.

“Kalau watak-watak sebegitu (kontroversi) boleh membantu menaikkan nama saya dalam industri, mengapa tidak?

“Lagi pun, saya anggap watak-watak sebegitu sangat mencabar saya sebagai pelakon.

“Saya tidak kisah dan bersedia untuk berdepan dengan kritikan netizen. Kalau bawakan watak biasa, penonton tetap akan bercakap sebab membawakan karakter klise,” jelasnya.



Sebagai pendatang baharu, Haidar juga sering dititipkan nasihat oleh pelakon senior supaya tidak terlalu melayan atau ambil serius kritikan netizen.

Bagaimanapun, Haidar tetap percaya ada komen netizen yang boleh membantu meningkatkan mutu lakonannya.

Haidar yang turut aktif dalam bidang pengacaraan podcast juga cuba mengelak daripada dilabel ‘menjual muka’ untuk bergelar seorang pelakon.



Sedar dirinya bukan siapa-siapa, Haidar tidak mahu dakwaan sebegitu timbul kerana yakin pada bakat lakonan dalam dirinya.

“Memang saya minat berlakon sejak kecil. Baru sekarang saya diberi kesempatan untuk beraksi di depan kamera.

“Saya akan gunakan peluang yang datang sebaik mungkin untuk buktikan bahawa saya memang mempunyai bakat dalam lakonan.

“Kalau betul saya berlakon agak ‘kayu’, saya akan timba lebih banyak lagi ilmu dan belajar teknik lakonan supaya tidak kekok,” kata pemuja Bront Palarae dan Zamarul Hisham itu.



Disoal tentang usianya, Haidar yang bakal muncul dengan sebuah telefilem berjudul Angah bersama pelakon Puteri Balqis itu tidak mahu mendedahkan usia sebenarnya buat ketika ini.

Dia tidak mahu usia mempengaruhi watak yang akan diberikan kepadanya nanti.

Sekadar mengusik untuk mengetahui status dirinya hari ini, pelakon bertubuh sederhana itu mengakui, masih solo dan hatinya juga belum dimiliki mana-mana wanita.

“Belum fikir lagi soal jodoh sebab mahu bina kerjaya dulu. Saya bukan sejenis berahsia kalau sudah ada seseorang dalam hati saya.

“Cuma saya akan hadkan soal peribadi untuk dikongsikan pada umum,” katanya.

Berkongsi antara pengalamannya selepas bergelar pelakon, Haidar tidak menolak sering digoda bukan sahaja wanita, bahkan juga lelaki songsang.

“Saya pernah juga beberapa kali digoda lelaki. Malah ada yang mengirim gambar kemaluan kepada saya dalam Instagram.

“Mula-mula saya agak marah, tapi lama kelamaan bila difikirkan semula, perbuatan mereka itu tidak menjejaskan apa-apa pun. Jadi saya tidak melayannya,” kata Haidar.



Melihat jauh ke hadapan, Haidar berharap untuk tempoh 10 tahun akan datang, sekurang-kurangnya kerjayanya sebagai pelakon sudah meninggalkan beberapa judul yang memberi kesan kepada penonton.

“Saya hadir ke dalam industri bukan untuk main-main. Saya serius dan mahu menjadi yang terbaik,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rockafella 23-3-2022 04:48 PM
Dah ko belanja gambar bogel separuh badan, memang mendapat la mesej dari gay sekian alam. Nak jadi artis, biarlah berkualiti. Bukannya jadi retis jenis yang tak berkualiti. Ni belum pemes dah buka baju, tayang kat seluruh alam semesta ladang gandum koko.
Quote Parit.Hilton 23-3-2022 04:49 PM
bodoh nak mampos. dah post hang kat ig pun jenis meminta batang dah kenapa nak heran org hantar gambar bebukan
Quote prince_marhaen 23-3-2022 04:52 PM
masih berkerak kelindan lagi dik.... try harder... btw, gambar selfie tunjuk lekuk lurah dan bonjol otot tu terlalu nonok vibes ye....tka payah nak acah kena kacau sangat dah sendiri mengundang... yihhh..
Quote jihyomelly 23-3-2022 04:53 PM
gambar pun macam meminta2..mendapat la..lain kali xyah la tayang apa ada haishhhhh retis skarang
Quote supersudoku 23-3-2022 04:55 PM
Rasa dia ni dh bertunang..motif ngaku single
Quote Jitu 23-3-2022 05:16 PM
gambar pun euwww
Quote ifanonline 23-3-2022 05:17 PM
ramai betul bangsa gay di malaysia...
Quote nazriatie 23-3-2022 05:19 PM
Dah ko pun tnjuk gmbr lucah. Acah terkejut plk dpt batang bagai. Haktuihhh
Quote Kurex 23-3-2022 05:22 PM
Kau sendiri gay... Soooooo
Quote Mulotkoyak 23-3-2022 05:43 PM
Rockafella: Dah ko belanja gambar bogel se ...
tau xpe... So nk slh kn gay plak. Tibahhhh
Quote cikgojesss 23-3-2022 05:49 PM
lah tak herlok langsung kelindan ni.. macam bau masam je bau pomen kedai tayar je pun..  muka pun jenis muka lemah syahwat
Quote samshik 23-3-2022 05:51 PM
Sapo kaw dikk???? P berguru ngn zul ripon dulu dah kalu nk mencapub ala2 gini..
Quote Aneem 23-3-2022 07:02 PM
Hanya gay mengenali gayah
Quote nakkomenjugak 23-3-2022 07:25 PM
Dah ko sendiri memancarkan sinar kegayahan yang teramat terik
ko ghaseeeee???
Quote Perawankota 23-3-2022 08:00 PM
Dlm drama memang muka kelindan.. Dlm ig jer helok
Quote MissYouSayang 23-3-2022 09:43 PM
TASTE AKU camni lah.
Quote Hoola 23-3-2022 09:48 PM
Ko post pun foto mminta
Euwwwww
Wat u gv u get back
Pls laaaaaaaa retis msia..mcm2 peel
Quote rahsier 23-3-2022 10:08 PM
Ok.. noted
Quote stingerkentot 23-3-2022 11:11 PM
Muka supir jawa tengah sgt ….pon ada gak yg taste?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.169995 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top