Cepat betul masa berlalu, kini usia anak Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah berusia 4 tahun. Walaupun ibu dan ayah Jebat telah berpisah, namun Jebat sangat rapat dengan ibu dan ayahnya. Walaupun masih kecil, Jebat mempunyai peminatnya sendiri kerana Jebat sangat petah bercakap sehingga gelagatnya mencuit hati ramai. Baru-baru ini, Noor Nabila telah memuat naik video terbaru di akaun Tiktok miliknya. Jarang sekali kita dapat melihat perkongsian Noor Nabila bersama Engku Emran dan Jebat.
Menerusi video itu, kelihatan Jebat mengikut Noor Nabila dan Engku Emran solat bersama. Betul kata orang, ketika usia beginilah anak kita akan mengikuti perbuatan orang di sekelilingnya dan didikan agama perlu dipraktikkan semenjak anak masih kecil. Namun, telatah Jebat telah membuatkan netizen tertawa. Sambil solat, Jebat asyik menoleh ke tepi untuk mengikuti setiap gerakan Engku Emran, tetapi nampaknya kopiah yang dipakai Jebat tidak memberikan kerjasama. Hal ini menyebabkan Jebat terpaksa membetulkan beberapa kali kopiah yang dipakainya sehingga habis solat. Dikibas-kibas kopiah itu tetapi masih lagi tidak selesa. Mungkin kerana saiz kopiah itu terlalu besar untuk kepala Jebat. Comel betul tengok gelagat Jebat yang struggle nak pakai kopiah dengan betul. Apa pun, memang bagus dari kecil lagi Jebat diajar untuk solat. Moga satu hari nanti Jebat menjadi seorang anak yang soleh kepada ibu dan ayahnya. -CARI
|
Rogue98 replied at 23-3-2022 06:59 PM
Ok jer kaknab n meran...suka pulak tengok..lately meran banyak posting kat ig... tiba2 jer kan...bar ...
pyaarAmor replied at 23-3-2022 07:06 PM
Ni umah baru kak nab ke?
Rogue98 replied at 23-3-2022 06:59 PM
Ok jer kaknab n meran...suka pulak tengok..lately meran banyak posting kat ig... tiba2 jer kan...bar ...
jihyomelly replied at 23-3-2022 07:41 PM
ingat kaka je tgk byk jelujur ig story meran..sambut anniversary katanya
Rogue98 replied at 23-3-2022 06:59 PM
Ok jer kaknab n meran...suka pulak tengok..lately meran banyak posting kat ig... tiba2 jer kan...bar ...
ADVERTISEMENT