CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lisa Surihani Baru Mula Berbisnes, Suami Sokong Jual Produk Penjagaan Rambut

23-3-2022 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20955| Komen: 212

Lama tidak muncul di mana-mana drama atau filem bukan bermakna Datin Lisa Surihani sudah meletakkan noktah pada kerjaya seninya.

Bagi Lisa, 36, meskipun keluarga kini menjadi keutamaan, namun dunia seni tidak mungkin dilupakan begitu sahaja.

Sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata, Lisa juga akui agak memilih tawaran kerja kerana perlu mengimbangi masa dengan tanggungjawab di rumah.

Foto: IG

“Cinta saya terhadap bidang seni tidak pernah bernoktah. Seorang anak seni akan terus memegang gelaran itu selamanya.

“Saya masih menerima tawaran berlakon cuma sekarang ini lebih suka bidang pengacaraan.


“Saya yakin rezeki Allah dalam bidang ini dan akan terus berada dalam industri selagi diperlukan,” katanya.



Dalam sibuk menguruskan rumah tangga, Lisa kini memberanikan diri untuk memulakan perniagaan menerusi produk penjagaan rambut jenama sendiri yang diberi nama Suri.

Melihat rakan artis lain yang sudah awal memulakan perniagaan mereka, Lisa bagaimanapun tidak merasa terlambat untuk bertapak sebagai seorang usahawan.



Malah Lisa turut mendapat sokongan suaminya Datuk Yusry Abdul Halim yang banyak memberi input terutama dalam sudut kreatif penghasilan produk.

“Saya tidak pernah rasa terlambat untuk mula belajar tentang selok-belok dunia perniagaan dan saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk memulakannya.

“Suami adalah orang pertama yang memberi sokongan apabila saya mengemukakan hasrat untuk terlibat dalam perniagaan ini.

“Dia (Yusry) merupakan seorang pengarah dan banyak memberi idea terutama dalam sudut kreatif,” jelasnya.



Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 7, Yusof Leone, 5, dan Yunos Laith yang kini berusia sembilan bulan.

Bercakap lanjut tentang perniagaan, kata Lisa idea tersebut ini tercetus apabila dia sendiri mengalami masalah keguguran rambut selepas melahirkan anak ketiga.



“Niat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebetulnya memang sudah ada, namun tanpa pengalaman mahupun panduan yang betul membuatkan saya tangguhkan dulu.

“Sebagai salah seorang yang turut mengalami masalah rambut gugur, saya bertemu dengan seorang pakar rambut dan hasil perbincangan terhasilah produk Suri,” ujarnya.




Produk jenama ini boleh dibeli secara atas talian di laman web Nori selain terdapat di sepuluh cawangan pasaraya Aeon seluruh negara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kepot 23-3-2022 03:28 PM
lepas kawen beranak terus slow down.
Nampak humble & betul2 berubah ke arah kebaikan.
Quote Kepot 23-3-2022 03:29 PM
lepas kawen beranak terus slow down.
Nampak humble & betul2 berubah ke arah kebaikan.
Quote mendeluk 23-3-2022 03:31 PM
Kepot replied at 23-3-2022 03:28 PM
lepas kawen beranak terus slow down.
Nampak humble & betul2 berubah ke arah kebaikan.

Humble ke? Ke hanya depan camera je Dulu kan pernah orang kata dia depan camera nampak lain, off camera terus kekwat
Quote mendeluk 23-3-2022 03:32 PM
Goodluck la. Apapepun, kaka still tak suka dia ini. Perangai double standard nak mampus.
Quote tulip-rain 23-3-2022 03:35 PM
Thread lisa surikayu yg mana entah hari tu, baru forumers puji si kayu ni takde keluarkan produk. Lepas kawen duk diam terus lah apelah.
Sekali ade je dia keluarkan produk.
Quote AshkieLa 23-3-2022 03:43 PM
mendeluk replied at 23-3-2022 03:32 PM
Goodluck la. Apapepun, kaka still tak suka dia ini. Perangai double standard nak mampus.

skang ni org mcm whoareyous kan dia sikit kan..
semenjak org sedar dia mcm pilih2 org/standard utk layan...
aritu masa jadi guest sepahtu, try hard gelak kuat ala2 ramona zam2... tp netizen mcm krik2 je.

pernah jumpa dia ngan yusry kat IB dulu.
yusry cool senyum je, tapi dia mcm kelam kabut nak blah bila sedar org2 kat situ dah perasan kehadiran dia...
tapi time tu meols tengok takde pun gaya org nak serbu dia.. org just tengok dan sokseksoksek je.

ni nak jual barang... target customer mesti marhaen. So mungkin dia berubah laa kot.
kalau tak kang tak laku pulak kena buat sessi infaq dah hujung2 expiry date.
Quote tulip-rain 23-3-2022 03:44 PM
Kenapa ade yg kata si lisa ni slow down lepas kawen? Padahal dia bnyk je berlakon sana sini lepas kawen.
Siap ade shooting gi indonesia lagi kan, filem ape ntah. Pastu bnyk dapat job jd hos dgn astro.
Ade satu masa tu, muka si lisa bnyk giler keluar tv. Sampai jd duta sabun mandi ke sabun basuh baju ke, pun dia jugak.
Ade thread kat cari ni kutuk lisa pasal bosan tgk muka dia bersepah sana sini
Dah ade anak pun bnyk je dia berlakon, hos ape semua.
Jd takdelah slow down duk rumah diam2 pun.
Quote mendeluk 23-3-2022 04:00 PM
AshkieLa replied at 23-3-2022 03:43 PM
skang ni org mcm whoareyous kan dia sikit kan..
semenjak org sedar dia mcm pilih2 org/standard utk ...

Haha kan. Ini nak jual barang, tak boleh sombong. Kena layan semua sama rata.
Dia ini ada jugak cousin masuk industri, bbnu. Tapi lisa ini who are you kan ja.
Dia hanya akan layan you kalau you bagi dia benefit contoh macam MUA ke or kerja dlm satu industri okay lah dia. Yang takde kepentingan or
takde standard, jgn harap dia nak layan baik2.

Quote GegarVaganja 23-3-2022 04:14 PM
Walaupun sheolls sejenis ajet-ajet,
Perlu diakui bila dia bercakap nampak la bijaknya.
Suka tengok sheolls interview Mizz Nina.
Berbanding seorang astis terpaling berniqab tu interview.

[youtube]uNZ5c76TmTI[/youtube]
Quote bahagiaselalu 23-3-2022 04:42 PM
ada yang tahu ke harga produk suri dia ni berapa RM? Mahal, murah or standard harga?
Rambutku pun kerap gugur ni... nk usha treatment and shampoo ape yg herlok
Quote Kepot 23-3-2022 04:45 PM
mendeluk replied at 23-3-2022 03:31 PM
Humble ke? Ke hanya depan camera je  Dulu kan pernah orang kata dia depan camera nampak lain, ...

oh yeke.
tak sure pulak sbb takde dgr gossip buruk psl dia.
kat ig pn xde folo dia , cuma kurang dgr psl news dia lps beranak pinak.
Quote Cece1234 23-3-2022 04:46 PM
mendeluk replied at 23-3-2022 03:31 PM
Humble ke? Ke hanya depan camera je  Dulu kan pernah orang kata dia depan camera nampak lain, ...

Kawan i penah satu lift ngan dia time big stage tahun bile ntah yg yuci jadi juri komen chaleeda..sombong nak matiiiii..masam je mcm org hadap sgt dia retis..
Quote mendeluk 23-3-2022 04:51 PM
Cece1234 replied at 23-3-2022 04:46 PM
Kawan i penah satu lift ngan dia time big stage tahun bile ntah yg yuci jadi juri komen chaleeda.. ...

Haha menyampah en tengok dia. Itu kalau jumpa dia dengan mak dia,
Kau buat bodoh je. Hauk sangat ingat orang pandang dia. Loser !
Quote samshik 23-3-2022 05:56 PM
Die punya menempel ms berchenta ngn yuci mmg sgt merengsakan..Hadap sgt nk sume org tau die ngn yuci. Hrp2 la ni xdak dah pangai hauk
Quote missbigrockstar 23-3-2022 06:02 PM
Cantik sungguh kulit dia ni. Bersih mulus. Aku tetap berpendapat dia tak berbakat dlm bidang seni. Berlakon, mengacara try hard sgt terus nampak tak natural.
Maybe peniagawati sesuai.
Quote Nham22 23-3-2022 06:21 PM
Akhirnyaaaaaaaaaaaaa.... Datin terjun jua dalam business product timbang kati.... Hahaha... Selama ni iolss tunggu ja die nak masuk dalam line timbang kilo ni.. Hahahaha.... Nampak juga die kegunaan followers die yg berjuta2x tuuu... Ingat buta kayu....apoo lisa... Ingat hang maintain classy
Quote Nham22 23-3-2022 06:24 PM
Cece1234 replied at 23-3-2022 04:46 PM
Kawan i penah satu lift ngan dia time big stage tahun bile ntah yg yuci jadi juri komen chaleeda.. ...

Chuolss x setaraf dgn die.... Die pandang selevel saja dgn die...ni jual product ni xtaula kene carik agent ramai2x.. Stokist ramai2x kenela buat muka tebal sejibik mcm fazzy... Terpaksa buat muka tebal..sbb dh berjual hadap acik2x sekalian.... . Kalau tidak sombong ekkkkk... Sombong ekkk... Hahaha...
Quote mendeluk 23-3-2022 07:11 PM
Nham22 replied at 23-3-2022 06:24 PM
Chuolss x setaraf dgn die.... Die pandang selevel saja dgn die...ni jual product ni xtaula kene ca ...


Bukan setaraf chuols.. more into dia akan pandang kalau kau ada kepentingan.. ada je MUA yang so so, dia ok. Sbb MUA itu slalu make up kan dia dia ingat career sbagai artis itu darjat paling tinggi.. nyway  she’s  so loser.. live haritu ckp pasal agama ajeee can u imagine ye le kalau ckp pasal agama boleh tarik acik2 idola kn dia
Quote Lily_Elizabeth_ 23-3-2022 08:06 PM
bahagiaselalu: ada yang tahu ke harga produk  ...


Ala U. Beli je kat drugstore tu. Brand ni Seborin Hair Tonic. My hair dah kurang gugur dah plus kuat.
RM45 satu botol besar.
Rambut jadi lebat dan shining.

Lihat semua komen(212)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.174109 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top