Baru-baru ini, muzik Video lagu terbaru DS Vida iaitu Ku Ikhlaskan mencetuskan kontroversi apabila ia mencecah 1 juta tontonan selepas muzik video lagu itu dimuat naik. Walaupun jumlah tonton telah mencecah 1 juta, nampaknya ramai netizen yang memberikan respon negatif keatas MV tersebut walaupun hasil pembikinan video itu dikatakan bernilai RM400,000.
Ramai juga di antara netizen yang 'pelik' dan 'takut' dengan kostum yang dipakai oleh DS Vida sehinggakan ada netizen yang membuat parodi serta menyamakan busana-busana yang dipakai oleh DS Vida dengan watak di dalam filem. Di Tiktok, seorang pengguna yang dikenali sebagai nasigorengkampung02 telah memuat naik satu scene dari muzik video tersebut dan menyamakan kostum yang dipakai oleh DS Vida dengan hantu pocong. Menerusi muzik video itu, kelihatan DS Vida seperti sedang berlari keluar dari kereta dengan memakai pakaian berwarna putih. Namun, apa yang membuatkan netizen adalah aksesori aksesori di kepala DS Vida yang seakan ikatan di kepala jenazah atau hantu pocong. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan lelaki tersebut bahawa kostum yang dipakai oleh DS Vida membuatkan dirinya seakan-akan hantu pocong. Ada juga di antara netizen yang juga sempat bertanya bagaimana pembantu peribadi DS Vida begitu 'kuat' menahan ketawa dengan kostum DS Vida seperti itu. -CARI |
ADVERTISEMENT