CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vida Malas Layan, Serabut Iqbal Nak Kaitkan Namanya Bila Dah Sendu

23-3-2022 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1697| Komen: 8

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan sentimen agama bagi menyiapkan pusat tahfiz dengan mengajak orang ramai menonton video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan.


"Menunggang agama apa? Ini sebahagian kerja amal kami, apalah salah sambil menonton MV kita ajak orang ramai menderma dengan hulurkan sedikit sumbangan ke nombor akaun yang saya nyatakan. 

"Sambil berhibur, kalau boleh hulurkan la sikit untuk pahala. InsyaAllah duit yang kita dapat daripada jumlah tontonan YouTube itu pun nanti kita akan sumbangkan.


Kredit foto: YouTube

"Ada juga cakap kenapa saya tak bagi sumbangan RM400,000 secara terus kepada mereka? Sejujurnya sebelum ini saya dah buat seorang diri, dah banyak sumbangan saya bagi, jadi tak salah sekarang ini saya nak ajak orang lain berjemaah sekali.

"Saya dah bagi bahagian saya, jadi saya buka peluang untuk orang lain juga. Bagilah berapa pun nak menderma, yang penting niat kita. Kalau boleh kita letak sasaran nak kumpul sumbangan lebih dari kos MV. Tapi alahai sampai sekarang ni baru berjaya kumpul RM1,300 sahaja!

"Saya tak kisahlah orang nak cakap apa pun sebab kita buat MV ni dengan niat baik. Saya juga mahu sampaikan mesej positif kepada penonton. Kalau kita ikhlaskan diri, pasti jiwa kita akan tenang," katanya ketika di hubungi mStar.

Sebelum ini tindakan Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton MV lagu berkenaan mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak termasuklah pendakwah bebas PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

Kata PU Syed, Vida tidak boleh menjadi seperti Robin Hood yang melakukan perkara kebaikan dengan cara yang tidak betul.

Ujarnya, MV Ku Ikhlasan mengandungi unsur maksiat dan mengajak orang ramai menontonnya adalah salah.

Difahamkan Vida mahu mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, Vida turut menjawab dakwaan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli kononnya MV berkenaan ditujukan kepadanya.


Kredit foto: YouTube

"Tak ada kena mengena dengan dia... serabutlah saya! Sekarang ni dah sendu mulalah nak kaitkan nama saya. Saya dah malas nak layan dia, kalau dilayan makin menjadi nanti.

"Fasal gambar dia dalam MV tu, saya pun tak tahu ada foto dia sebab itu semua disediakan oleh budak prop. Tajam pula mata dia tengok sedangkan saya pun tak perasan.

"Malaslah saya nak fikir apa kata dia... ini namanya sumpahan tak boleh popular, apabila dah popular mulalah lupa diri, asyik berbunyi sahaja sebab sekarang pun dah sendukan?" ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Iqbal mendakwa lagu dan video muzik (MV) Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya dan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak kesampaian mereka dahulu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 23-3-2022 12:33 PM
Artikel sampah dikutip buat thread oleh penCari sampah
Quote bahagiaselalu 23-3-2022 12:34 PM
aku tak suka MV dia... kalau buat standard biasa mungkin ok sikit.. seram aihh
Quote nakkomenjugak 23-3-2022 12:54 PM
Hahahahaha
hamboiiii acik bidaaaa
konsep youre only relevant when you say my name gitchewwwww
Quote addamnor 23-3-2022 01:00 PM
Tapi undeniably her MV editing power gila.. sharp shj & nampak mahal.. i like the most masa tukar kepada chess board tu.. kemas sangat buatan videonya.. bukan asal boleh
Quote doubleharmonic 23-3-2022 01:03 PM
ku ikhlaskan ke ku noreenkan ko ni? dah betul lah orang tanya motip nak derma kena tengok bideo lagu kau pulak? kat mana nak ikhlaskan amal menderma tu kalau nak kejar view kat youtube ko hah noreen? lepas tu nak merempan baru berjaya kumpul 1300 hengget jah? eh noreen orang punya suka lah nak derma ke tak sebab amalan sunat jah bukan nya perkara wajib yang ko nak paksa2 hah noreen?
Quote anony-mous 23-3-2022 01:43 PM
Sapa la bongok pegi sumbang view? Patut la org mcm ni boleh kaya. Dah tau kn setiap view tu bg duit ke dia?

Klau ko nk ckp psal niat baik, buka onlyfans ja la. Duit hasil bogel sumbang je tahfiz
Quote sukacactus 23-3-2022 01:44 PM
Ye la macit oiii!
Kami pun malas layan pasal korang berdua ni
Quote makton 23-3-2022 03:08 PM
dia sndiri pun sama sendu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050095 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top