Pelakon senior, Roy Azman tampil mengimbau memori di saat mula menceburi industri seni sejak usia remaja. Menurut Roy, pada mulanya dia hanya sebagai seorang pelakon ekstra dan pembantu sebelum menjadi sebahagian daripada keluarga Skop Productions.
Mengulas lanjut, Roy turut mengakui namanya kian dikenali umum kerana gelak tawanya. “Aku ini tidak ramai peminat sampailah video ketawa aku tular. Aku pun tidak tahu kenapa orang suka ketawa aku ini. “Sekarang aku pergi mana-mana pun orang gelak dulu sebelum aku buat apa-apa. Tetapi tidak apa, aku suka,” coretnya di Instagram.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi daripada rata-rata warganet dan rakan artis. Sumber: Utusan
|
kucingitam replied at 23-3-2022 12:52 PM
i suka je u masa muda2 dulu..ensem je..
sudirmanistas replied at 23-3-2022 01:25 PM
Kannn. Movie yang dia berlakon dgn awie naik motor besar tu tajuk apa x ingt. Tapi mmg handsome la ...
umbut replied at 23-3-2022 04:36 PM
Dia ni waktu muda2 selalu dpt watak jahat.. dah tua2 kelakar lupanya..
ADVERTISEMENT