CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nikki Palikat Diberi Mandat Nyanyi Lagu Terakhir Arwah Siti Sarah

23-3-2022 11:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2718| Komen: 17|Original author: Tatod


Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin pada penghujung tahun lalu diratapi seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang terkesan dengan berita kematian Allahyarham apatah lagi selepas ketiadaannya ramai tampil mendedahkan sikap baik arwah.

Kehilangannya turut dirasakan pembikin lagu yang sudah pun berjanji untuk bekerjasama menerusi lagu. Penyanyi dan komposer Naim Daniel pernah mengatakan arwah sepatutnya menyanyikan lagu ciptaannya.

Bagaimanapun, projek Naim bersama arwah tidak kesampaian apabia Sarah pergi dahulu sebelum sempat merakamkan lagu berkenaan. 


Berdasarkan laporan Gempak, selepas beberapa bulan dalam simpanan, karya berjudul Sudah itu akhirnya diamanahkan kepada Naib Juara Gegar Vaganza musim ke-8 iaitu Nikki Palikat.


Shuib menerusi Instagram memuat naik video arwah sedang berlatih dan menulis kapsyen berterima kasih kepada Nikki kerana sudi menyanyikan lagu berkenaan.

"Alhamdulillah, akhirnya sayang lagu AJL awak dah ada yang nyanyi. Terima kasih Nikki Palikat. Semoga semuanya dipermudahkan. Lagu yang terlalu indah Naim Daniel," tulisnya.

Nikki turut mengulang siar video yang sama dan menzahirkan rasa terharu atas kepercayaan yang diberikan untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

Wanita itu menyifatkan mandat itu adalah anugerah besar buat dirinya apatah lagi dia sendiri mengagumi bukan hanya vokal tetapi juga keperibadian arwah Sarah.



Lagu Sudah bakal dilancarkan di semua platform digital pada 25 Mac nanti. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 23-3-2022 12:38 PM
Tak suka kalau nikki 'overkan' lagu ni.
Dia kan selalu over sangat bila menyanyi. Terlebih sangat.
Quote supernaturalee 23-3-2022 01:24 PM
confidentnya ajl terus

tp klu sedap dan btl2 bgs, why not

Quote Suchi 23-3-2022 01:45 PM
supernaturalee replied at 23-3-2022 01:24 PM
confidentnya ajl terus

tp klu sedap dan btl2 bgs, why not

Huhu itu  kalau arwah masih hidup dan nyanyi lagu tu pun blm tentu pemes
Asbab arwah meninggal dan jd viral sana sini so opkos la lagu ni akan mendapat tempiasnya secara tak langsung view MV pun akan tinggi.
Ni pun kira edisi menunggang juga laaa.. boleh je lagu tu peram terus atau bagi mana2 retis lain tanpa sebut sebagai pengganti ke apa.
Pengganti ni kira macam pilihan kedua..
Quote fadz84 23-3-2022 01:57 PM
Rancak jgk aktiviti seni Nikki lps GV ye.. nyanyi lagu untuk film Encanto versi BM.. ada single baru.. moga terus success Nikki..
Quote dekmieDandy 23-3-2022 02:23 PM
harap nikki jumpa stylist baru (tibah)
Quote noell 23-3-2022 02:58 PM
heran aku nikki nih laki dia audi mok komposer femes ada recording company sendiri awat tak mo buat single byk mcma aina abdul tuh? sora dia mmg best
Quote Kepot 23-3-2022 03:24 PM
noell replied at 23-3-2022 02:58 PM
heran aku nikki nih laki dia audi mok komposer femes ada recording company sendiri awat tak mo buat  ...

audi mok ada produce lagu lagi ke?
lama tak dgr cite psl dulu.
Quote cikgojesss 23-3-2022 03:31 PM
bengapnya kau chucky sahmira.. sejak bila lagu tu masuk AJL yang kau nak claim gitu? kau ni bodoh ke bodoh? memang bengap la si chucky sahmira ni..
Quote imransulaiman 23-3-2022 03:47 PM
Marsha lagi ok rasanya kan? Vibe dia akan lebih gempak
Quote sweetgirl 23-3-2022 03:59 PM
uda replied at 23-3-2022 12:38 PM
Tak suka kalau nikki 'overkan' lagu ni.
Dia kan selalu over sangat bila menyanyi. Terlebih sangat.

nape x bg tokti ke marsha ke kan.. huhu

Quote noell 23-3-2022 04:02 PM
Kepot replied at 23-3-2022 03:24 PM
audi mok ada produce lagu lagi ke?
lama tak dgr cite psl dulu.

jingles maybe? rasanya dia ada studio rakaman jgk kut

Quote supernaturalee 24-3-2022 09:49 AM
Suchi replied at 23-3-2022 01:45 PM
Huhu itu  kalau arwah masih hidup dan nyanyi lagu tu pun blm tentu pemes
Asbab arwah meninggal da ...

mmmm tu lah kan
klu dibuat senyap2 biar lagu tu up sendiri tanpa backstory mory gini maybe lg bgs

lps mng ajl sok br bkk cerita
tu pun klu mng


Quote supernaturalee 24-3-2022 09:49 AM
Suchi replied at 23-3-2022 01:45 PM
Huhu itu  kalau arwah masih hidup dan nyanyi lagu tu pun blm tentu pemes
Asbab arwah meninggal da ...

mmmm tu lah kan
klu dibuat senyap2 biar lagu tu up sendiri tanpa backstory mory gini maybe lg bgs

lps mng ajl sok br bkk cerita
tu pun klu mng
Quote Suchi 24-3-2022 02:24 PM
supernaturalee replied at 24-3-2022 09:49 AM
mmmm tu lah kan
klu dibuat senyap2 biar lagu tu up sendiri tanpa backstory mory gini maybe lg bgs
...

Arwah dah ninggal pun sudah2 la kaitkan lagi dgn dunia ni.
Anggap jela lagu tak tak jadi nak bg kat dia so bg kat penyanyi lain.
Betul gak dah menang sok baru la ckp lagu tu sebenarnya nak bg kat arwah tp dah ninggal so bg ler retis lain.

Kalau lagu tu mmg dibuat khas utk arwah better la tak perlu cari pengganti takpun ubah suai sana sini skit utk sesuaikan dgn penyanyi lain.
Kalau iols tak minat nak nyanyikan lagu yg asalnya dibuat khas tuk org lain.
Lainla cover lagu org tu lain..
Quote cmf_PariS 24-3-2022 04:02 PM
feeling lagu ajl.. amboi
Quote orglama 24-3-2022 10:26 PM
supernaturalee replied at 23-3-2022 01:24 PM
confidentnya ajl terus

tp klu sedap dan btl2 bgs, why not

Sb arwah & naim pernah berseloroh nak buat lagu sama2 & masuk ajl
Quote budakshinchan 26-3-2022 08:48 PM
x berapa sedap lagunya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041487 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top