CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sebut Je 'Sampai School' Terus..." – Gelagat Anak Dayah Bakar Buat Netizen Ketawa

22-3-2022 10:19 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3398| Komen: 9|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Dayah Bakar



Untuk pengetahuan semua, Dayah Bakar iaitu pengacara yang dikenali ramai sebelum ini tinggal di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecil mereka iaitu Achbar Muhammad Fahri. 


Sumber: Instagram Dayah Bakar


Pada awal tahun 2020, Dayah pernah duduk berjauhan dengan suaminya selama hampir setahun lebih kerana suaminya bertugas di Australia. 

Oleh kerana ketika itu pandemik COVID-19 baru bermula, Dayah terpaksa melalui fasa kehamilan anak lelaki sulungnya berjauhan dari suaminya sehingga selamat melahirkan cahaya mata permata mereka.


Sumber: Instagram Dayah Bakar

Kini, Fahri telah menginjak usia hampir dua tahun dan nampaknya Fahri sentiasa berjaya mencuri perhatian ramai peminat apabila gelagat comelnya sentiasa dikongsikan oleh Dayah menerusi laman Instagram dan Tiktok miliknya.


Baru-baru ini menerusi akaun Tiktok, Dayah telah merakam gelagat Fahri ketika sedang menuju ke sekolah. Kelihatan Fahri begitu bergaya dengan memakai kaca mata hitam sambil duduk di atas kerusi bayi. Bagaimanapun, dia tertidur sebaik sahaja sampai di sekolah.


Sumber: Instagram Dayah Bakar

Hal ini menyebabkan Dayah berasa serba salah untuk mengejut putera sulungnya itu. Disebabkan mereka sudah sampai di hadapan sekolah, Dayah mengejut Fahri dengan mengatakan keyword 'dah sampai school'.

Fahri yang kelihatan 'mamai' bangun dari tidur terus menangis sebaik sahaja mendengar perkataan itu. 

Biasalah, kita semua sewaktu kecil dulu pun mesti akan menangis sewaktu ibu dan ayah kita menghantar ke sekolah. Mungkin baru nak biasakan diri dengan suasana di tadika. Comel betul Fahri! - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 22-3-2022 11:08 PM
Aku mase dua tahun x nangis pun gi skolah sbb aku hanya gi skolah bermula 6 tahun.
Kadang2 aku sian budak2 xmerasa childhood ni
Quote faraway1 22-3-2022 11:49 PM
Sebut aje school, sebenarnya daycare cam ramai forummer juga hantar anak dorang supaya lebih tenang berforum waktu kerja, so tiada sebab kenapa nak kesian sangat..
Quote prince_marhaen 23-3-2022 07:55 AM
dikenali? dikenali sebab terpaling berjauhan kot.... ulang-ulang sampai anak masuk universiti
Quote Normabaru 23-3-2022 08:29 AM
Dayah ni xtakut ank kena ain ke..hahaha..nway who are youssss?xphm Minah ni pemes sbb apa
Quote JunkMail 23-3-2022 08:34 AM
Ini pun nak masuk gossip ya tohan sampah bethol
Quote mizruncing 23-3-2022 12:05 PM
laki dia berpangkat jgk kann. comel anak dia
Quote szairmz 23-3-2022 12:14 PM
So? Apa gossipnya??
Quote sukacactus 23-3-2022 12:23 PM
szairmz replied at 23-3-2022 12:14 PM
So? Apa gossipnya??

Baru nak komen benda sama, ko dah komen dl
Ayo! Benda camni pun masuk board gosip
Quote kikiharris 23-3-2022 02:12 PM
Sorry tak kenal.. sapa dia ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036181 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top