CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Putus Urat, Fizi Ali Panik Jari Lembik Lepas Tepis Bola

22-3-2022 06:14 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 1794| Komen: 4|Original author: LilRose

Penyampai radio Suria FM Fizi Ali putus urat jari ketika bermain bola sepak dua hari lalu.

Lapor mStar, kecederaan itu dialaminya ketika Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin menepis bola yang meluru ke arahnya.



Kredit foto: IG

"Baru nak mula aktif semula main bola sepak... dah cedera pula. Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.

"Nak jadikan cerita, saya tepis bola yang sangat laju dan masa itu dengar la macam bunyi patah. Tapi saya teruskan main.

"Bila dah habis main, saya buka glove... barulah nampak jari manis jadi lembik. Tak boleh bergerak atas dan bawah," katanya kepada mStar.


Kredit foto: IG

Fizi sebelum ini menerusi Instagram berkongsi gambar kecederaan pada jari manisnya.

"Memang panik la... saya terus ke hospital dan masa itu doktor kata ada kemungkinan sama ada urut pergerakan jari putus atau urut putus dan tulang patah.

"Kalau urut putus dan tulang patah itu memang bahaya. Kena terus operation. Alhamdulillah, selepas lakukan X-ray, hanya urat saja putus.



"Doktor kata nak cuba rawat cara semula jadi. Mungkin dalam enam minggu macam itu kena pakai sarung support jari," ujarnya.

Aduh, tengok gambar saja pun dah sakit! Semoga cepat sembuh Fizi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 22-3-2022 07:41 PM
Knapa xguna ais…rendam a few hours. Then urut akan sambung balik. Kan kalo sejuk cell akan mengecut dan kebarangkalian utk sel duplicate recover tgi…
Quote Normabaru 22-3-2022 07:59 PM
Mulotkoyak: Knapa xguna ais…rendam a few  ...


Oh mmg boleh ye?penah kena ke dik..serem kaka nk sebut nama ko..depan blkg srba xkena.haha
Quote prince_marhaen 23-3-2022 08:15 AM
apaaa saja demi meraihhhhh perhatiannnn....
Quote bahagiaselalu 23-3-2022 09:16 AM
perlu ker berposing bagai?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.026867 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top