CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Istilah ‘Copycat’, Aina Abdul Kagum Dengan Vida

22-3-2022 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1517| Komen: 10

Penyanyi popular Aina Abdul, 29, tidak beranggapan Datuk Seri Vida (DSV) cuba meniru imejnya yang ditonjolkan dalam muzik video (MV) Ku Ikhlaskan.

Sebaliknya, jelas pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani ini, dia berasa kagum dengan jutawan kosmetik itu yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang kuat. 


Kredit foto: IG Vida & Aina

Memandang positif dengan usikan netizen, Aina berkata dia melihat banyak nilai positif yang dibawa oleh Vida.

“Tiada istilah ‘copycat’ atau apa, masing-masing terinspirasi daripada seseorang. Saya sendiri pun ambil inspirasi daripada orang lain.


“Saya tak rasa dia tiru atau apa. Saya ternampak juga usikan itu daripada peminat. Saya rasa ia hanya gurau-gurau manja saja.

“Tak ada sesiapa pun ambil perkara itu serius. Jadi, saya tak kisah apa orang nak cakap. Namun, saya tahu apa saja DSV lakukan, dia tunjukkan keazaman tinggi,” katanya.

Dedah Aina, dia sangat menghormati Vida dan akui banyak belajar pelbagai perkara daripada figura itu terutamanya menjadi seorang wanita yang berani.


Kredit foto: IG Aina

“Saya sangat menghormatinya. Saya memang sentiasa sukakan DSV kerana dia seorang yang sangat berani.

“Dia juga wanita yang kuat. Apa yang dia cuba lakukan, saya belajar bagaimana mahu jadi seperti itu. Mungkin orang di luar nampak yang lawak-lawak saja, tapi saya belajar sisi positifnya. Apa juga yang dia lakukan, dia menjadi diri sendiri,” katanya.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsJules 22-3-2022 06:21 PM
me.ra.pu.

Zaman dulu takde pon gimmick2 camni. Its all about the versatility of the vocal and the true performance.
Quote Normabaru 22-3-2022 08:02 PM
Pada kaka aina ni bgs attitude..cuma fesyen je hauk.tp attitude bagus.plus suara pon ok.so xrengsa la..bbnu zaman skrg mmg pelik2 Pon kan
Quote lattehazelnut 22-3-2022 08:07 PM
Edited by lattehazelnut at 22-3-2022 08:10 PM

Boleh la duet.. boleh lawan costume sape paling viral..
I dont mind fashion diorg..
Lain drp yg lain..
Quote prince_marhaen 23-3-2022 08:21 AM
fashion victim menyokong fashion crime... langsung tak avant garde & artistic.... kain & material pun nampak murah..
Quote annadonna 23-3-2022 08:58 AM
Aina boleh buat apa saja sebab dia dah hebat. Dia ada lesen kreatif utk gila2 dlm industri sebab dia champion vokal. Tapi org lain klu nyanyi pun hauk jgn la pikir nak eksperimen fesyen. Buruk. Si bedah tu buktinya.
Quote Minami2013 23-3-2022 09:31 AM
Berani berfashion katanya.. anyway, bila i tgk mv dsv tu mmg outstanding lah penyanyi sbb mekap dan fashion yg extravagance. Walau lagu slow je. Frankly i ter tgk sampai habis
Quote HelgaPataki 23-3-2022 09:59 AM
Kan guna sama stylist, sebab tu gaya lebih kurang
Quote bottompadu 23-3-2022 10:12 AM
iols syak Aina ni follow modus operandi Lady Gaga. Hujah iols: she tahu Msian xheran dgn her powerful voice (knowing msian only attracted towards aesthetic value of an artist). So, she need to grab their attention. Once people noticed her talent behind those ridiculous appearance, she will toned down and focus on her singing sbb crowd dah pay attention to her voice. Which in my opinion is a smart move. Tgk la Lady Gaga... mana ada pakai mengarut2 dah skrg.   
Quote bottompadu 23-3-2022 10:12 AM
Edited by bottompadu at 23-3-2022 10:15 AM

iols syak Aina ni follow modus operandi Lady Gaga. Hujah iols: she tahu Msian xheran dgn her powerful voice (knowing msian only attracted towards aesthetic value of an artist). So, she need to grab their attention. Once people noticed her talent behind those ridiculous appearances, she will toned down and focus on her singing sbb crowd dah pay attention to her voice. Which in my opinion is a smart move. Tgk la Lady Gaga... mana ada pakai mengarut2 dah skrg.   
Quote sleepandream 23-3-2022 12:38 PM
bottompadu replied at 23-3-2022 10:12 AM
iols syak Aina ni follow modus operandi Lady Gaga. Hujah iols: she tahu Msian xheran dgn her powerfu ...

ya chuols... semuanya demi perhatian... nak nama disebut2...zaman social media ni berebut la nak trending... org puji ke org hencap ke janji dpt the fame gitchew

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.029143 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top