Untuk peminat drama sinetron, pasti ramai tahu apabila ada babak tidak masuk akal dan boleh dikatakan menjadi penyeri dalam sesuatu drama walaupun penonton tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku. Baru-baru ini, ada satu video tular di TikTok memaparkan seorang wanita sedang berlari dilanggar sebuah kereta menyebabkan tubuhnya berpusing-pusing. Dalam video itu, dia juga kelihatan mencampak patung bayi ke sungai berhampiran. Menurut HCL, netizen keliru dengan drama sinetron dari indonesia itu kerana tanpa konteks, ianya susah untuk memahami apa yang berlaku. Difahamkan, sinetron yang tiada tajuk itu akan dicari oleh peminat untuk mengetahui cerita sebenar dan apa konteks sebenar babak itu. - CARI |
ADVERTISEMENT