Persembahan makanan yang biasanya melibatkan makanan dan minuman seperti teh tarik yang ditarik tinggi, masakan mi goreng dengan api yang besar ataupun tebar roti canai tinggi adalah beberapa cara untuk menarik perhatian pelanggan di restoran mereka. Petikan dari HCL, baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok memaparkan aksi roti canai yang gagal kerana roti canai yang ditebar itu terjatuh dan terkena salah seorang pelanggan di situ. Difahamkan, video yang mendapat 14 juta tontonan di Tiktok itu kelihatan seorang individu sedang menebar roti canai di hadapan pelanggan tetapi roti canai itu terbang tinggi dan jatuh ke di atas kepala salah seorang pelanggan.
Sementara itu, pelanggan berkenaan pula memberi reaksi yang kelihatan menahan sabar apabila roti canai itu jatuh diatas kepalanya.
Berikutan itu, netizen yang melihat video berkenaan terhibur dengan kesudahan video tersebut dan memberi komen lucu. - CARI |
ADVERTISEMENT