CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Budak Ijat Tegur Vida, Jangan Tunggang Agama Lariskan MV

22-3-2022 03:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2289| Komen: 18|Original author: Tatod


Baru-baru ini, usahawan kosmetik iaitu Datuk Seri Vida memberikan kenyataan bahawa video muzik yang dihasilkan bagi lagu nyanyian Ku Ikhlaskan adalah caranya untuk menggalakkan orang ramai mengumpul saham akhirat dengan bersedekah.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang dalam diri pengarah terkenal, Sharulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat menyifatkan Vida menggunakan sentimen agama bagi mencapai tujuan peribadi.

Menerusi laporan Mstar, timbul rasa serba salah untuk menegur sikap Vida lantaran kedua-dua individu berkenaan berkawan di Instagram bagaimanapun dia sedar tanggungjawab untuk memberikan ingatan agar tidak mengaitkan agama dalam pembikinan video muziknya.





"Saya tidak ambil kisah mengenai ceritanya  dengan Iqbal atau dia jaja kisah hidupnya. Saya juga tidak ada masalah dengan mv lagu nyanyiannya itu.

"Tetapi, apabila dia bercakap mengenai agama untuk tujuan peribadi, kedengaran seolah-olah dia seperti penunggang agama. Sebab itu saya perlu tegur.

"Terpulanglah nak berhabis RM400,000 untuk mv tapi janganlah sampai kaitkan dengan agama. Tak baik," katanya.

Pengarah yang terkenal dengan drama Nur itu mempertikaikan niat Vida yang ingin mengumpul dana bagi menyiapkan Pudat Tahfiz dan Syahadah Al Zikri  Wa Zuhdie di Ipoh, Perak dengan mengajak orang ramai menonton video muzik berkenaan.



"Tak salah nak ajak orang ramai beramal pada bulan Ramadan tetapi adalah lebih manis sekiranya berkerjasama dengan badan NGO atau tubuhkan tabung dana dengan meletakkan RM100,000 dan ajak orang ramai untuk menyumbang sekali.

"Dia boleh labur RM400,000 untuk hasilkan mv jadi tidak ada salahnya kalau dia keluarkan sedikit wang untuk dia tabung lain yang tiada kaitan dengan mv," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 22-3-2022 03:14 PM
semoga bertemu jodoh berdua... ehh tiber
Quote Acikgomen 22-3-2022 03:49 PM
AshkieLa replied at 22-3-2022 03:14 PM
semoga bertemu jodoh berdua... ehh tiber

Mencarut panjang mak hayam ijat kalo baca komen chuols
Quote Cpkay 22-3-2022 03:50 PM
ok je video clip ni.. laindari yang lain ..tapi itulah niat tok bidah tu salahlah.. ada logik juga apa yg ijat cakap tu
Quote royaldanish 22-3-2022 03:51 PM
Kul2-3 pagi kang alphard tokBida tiba2 parking depan rumah bawa entourage ketaq lutut
Quote babelina 22-3-2022 04:11 PM
bdk ijat nie pn filter kemain hahaha..
Quote prince_marhaen 22-3-2022 04:15 PM
Hidung buat kat klinik sama Lana Nodin ke tuwww.....heshe pun memang kuat merempan jua...buat drama pun nak tunggang juaaa......kawin je lah dua orang..boleh berlaga gigi veneer gula mentos tu..
Quote naina 22-3-2022 05:32 PM
Muka asal budak Ijat ni cmne? Kemain mancung hidung dengan gigi putih bak kapur barus
Quote lattehazelnut 22-3-2022 05:39 PM
Walaupun betul tp sume menda kau nak mencapap..
Lepas ni komen micheal ang pulak..
Quote AnnaSendin 22-3-2022 06:06 PM
Hapoo? Riding the religion for personal gain. It is all about MONEY. Daripada bidah berhabis RM400k buat mv hazabedah nieyh dengan sore tahpape, baik terus salur jur dekat pusat tahfiz tuew
Quote MsJules 22-3-2022 06:56 PM
AnnaSendin replied at 22-3-2022 06:06 PM
Hapoo? Riding the religion for personal gain. It is all about MONEY. Daripada bidah berhabis RM400k  ...

Betul tu... Dah boleh siap pusat tu dengan RM400K
Quote Fazzbulous 22-3-2022 08:01 PM
knowing acik vidah ni..membongak je lebih mv 400k...huhuhu
Quote anony-mous 23-3-2022 05:38 AM
AnnaSendin: Hapoo? Riding the religion for ...


Geram dgn jawapan dia. Yg i pelik rajin pula netizen pegi tgk video dia? Setakat ni video janna bideo vida i xpernah tgk lg. X terasa nk tgk. 400k tu klau agih kan sikit2, dah berapa byk pusat tahfiz dpt manfaat
Quote Redmyvi 23-3-2022 07:44 AM
begitu bnyk cara untuk buat kebajikan, ini cara ko pilih... Dia ni kaya dah kaya.. sekarang tgh gila perhatian.. siapa jela yg beli produk dia nie..
Quote TomyamPuteh 23-3-2022 08:05 AM
Kurang2nya Tok Vida tak buat idong.
Quote makton 23-3-2022 08:05 AM
i team budak ijat
Quote incess.my 23-3-2022 08:07 AM
Skrg ni nak viral mmg kena tonggang selagi boleh chuols
Quote MatDeghem 23-3-2022 08:09 AM
Harap DSV terus dan lebih teruk dari ape yg dlm MV ini ....

Quote likecandy 23-3-2022 09:17 AM
Tu lah, sheols boleh je derma duit direct
I dah tgk MV ni
Not bad lah, tapi xde nya I nak tgk beribu2 kali

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037781 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top