CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia Henderson Tak Perlu Pengganti Teman Hidup

22-3-2022 01:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10252| Komen: 61|Original author: Tatod


Melalui fasa episod keretakan rumah tangga pada usia muda, pelakon Amelia Henderson enggan mencari pengganti untuk dijadikan teman hidupnya.

Katanya kepada Oh Bulan!, dia selesa menjalani kehidupan solo dan meletakkan karier lakonannya sebagai keutamaan buat masa ini.

Bagaimanapun, ia bukan bermaksud wanita berusia 26 tahun itu menutup pintu hatinya. Dia juga sama seperti wanita lain yang menyimpan impian untuk mengecapi bahagia rumah tangga.


"Saya seorang yang kuat bekerja. Saya dahulukan apa yang ada dalam karier. Bukan tak nak tapi jodoh dan rezeki ke arah itu belum ada. 

"Memang ada yang mendekati tetapi dengan jadual seperti ini, saya tidak ada masa untuk semua itu," katanya.

Pemilik nama sebenar Amelia Thirapura Henderson itu mendedahkan ada yang melamarnya menerusi mesej di media sosial tetapi tidak dilayan.


Digandingkan dengan Aedy Ashraf menerusi drama Kisah Hidup Kita, hubungan rapat dan keserasian antara kedua-dua pelakon itu menyebabkan ramai peminat berharap mereka benar-benar bercinta.

"Kami memang kawan rapat hinggakan timbul gosip mengatakan kami bercinta. Asalkan perkara itu tidak menggangu hidup saya, biarkan saja.

"Itu bermaksud lakonan kami berjaya menarik perhatian penonton. Drama dah habis beberapa bulan lalu tapi peminat masih lagi bercakap mengenai lakonan kami," katanya.

Terdahulu, gadis kacukan India-Scotland itu mendirikan rumah tangga dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada 14 Ogos 2015.

Pada 2018, Amelia mendedahkan sudah berpisah dengan suaminya tetapi enggan berkongsi tarikh sebenar perceraian mereka. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nawtylulu 22-3-2022 03:05 PM
Cantik die ni.. Berlakon klo kna dgn hero nye best jugak tgk..
Quote miemiecha 22-3-2022 03:28 PM
laki dia x ensem.. tapi awek sume cung..
Quote bulalof 22-3-2022 04:00 PM
esok dah tua baru gagau cari teman hidup.......
Quote Kancilkering 22-3-2022 04:13 PM
muda dia kawen ek…mcam datin senduk….tapi jodoh x panjang….
rasa dia ni set set maya karin…x kawen pun x apa…..
Quote prince_marhaen 22-3-2022 04:20 PM
sheols lawa namati ye jumpa depan-depan...tapi meols rasa macam pedo pulak sebab masih terbayang sheols berlakon sejak kecik...hahahahaha... btw kalau maintain lawa gini, around 30s pun boleh kawin lagi... for sure masih ramai vvip & kerabat nak mendekat...
Quote card_reader 22-3-2022 04:25 PM
lawa, tapi sayang jodoh x panjang....tapi dress up, terbelah habes
Quote lasagna 22-3-2022 04:30 PM
Edited by lasagna at 22-3-2022 04:34 PM

yaa muda dah ni dia menikoh dulu.. dgn kerabat plak tu, sheol dpt tittle 'che puan' tak silap masa tu. tp sayang asben tak pandai nk jaga/nak didik ke ntah laa. haihh.. dah xde jodoh kan. lepas ni ada laa tu insyaAllah.
Quote rotiban 22-3-2022 04:42 PM
dia ni walaupun seksi tapi pandai jaga diri
xde kontroversi sgt..mohon dijauhkan dari jolriporn
suka betol tengok dia pakai dress hijo RR bebaru ni
cantik giler mcm pincess
Quote Kepot 22-3-2022 04:45 PM
cantik yg kosong.
mcm xde wow.
Quote n0n0n0 22-3-2022 05:30 PM
prince_marhaen: sheols lawa namati ye jumpa de ...


Setuju sgt chuols. Iols lalu sebelah dia time tgh shooting pergh mmg mulus kulit dia. Btw umur 19 tahun dah kawin ke? Awal gila
Quote lattehazelnut 22-3-2022 05:43 PM
lasagna replied at 22-3-2022 04:30 PM
yaa muda dah ni dia menikoh dulu.. dgn kerabat plak tu, sheol dpt tittle 'che puan' tak silap masa t ...

Iols rasa ex hb nak partner submissive..
Jd wife n teman gi travel sume..

She pulak nak bina career, long hour berlakon sume.. susah nak carik partner yg memahami..
Quote chandrahusin 22-3-2022 05:48 PM
cantik2 mcm ni
pls don't settle for less
Quote Kancilkering 22-3-2022 06:28 PM
sure hero hero yg berlakon ngan dia tangkap feeling….sexy kut minah ni…..termasuk lah nazemah tu….
Quote auntyonion 22-3-2022 07:13 PM
Rupa ada ..harta ada..buatpe nak ada lelaki..lagipun dia nampak enjoy dgn life dia..
Quote Lentera 22-3-2022 07:42 PM
Bila la dia keluar drama lagi.. Suka tengok dia berlakon
Quote Aneem 22-3-2022 09:28 PM
Masih islam ke
Quote dagusengett 22-3-2022 09:37 PM
Ada can ke dia nak masuk miss world ke universe ke
Mana tau boleh pegi jauh lagi kalau exposure macam tu
Quote aammyy 22-3-2022 11:38 PM
lattehazelnut replied at 22-3-2022 05:43 PM
Iols rasa ex hb nak partner submissive..
Jd wife n teman gi travel sume..


Tapi waktu kahwin tu dia aktif berlakon ke? I rasa dia start aktif lepas berlakon dgn ZM & shaharul rizwan cerita apa entah kat TV3 tu.
Quote Wimoon 23-3-2022 07:09 AM
Dia ni still islam ke?

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.156911 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top