Seorang budak lelaki terpaksa menjual mangga pada lewat malam ketika kanak-kanak seusia dengannya sedang lena diulit mimpi.
Kegigihannya demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup mengundang sebak seorang wanita dalam satu pertemuan di tepi jalan. Wanita berkenaan, Natrisya Zainal berkata, dia menemui kanak-kanak berusia sekitar sembilan tahun itu berdekatan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, Johor pada kira-kira pukul 11 malam Ahad. Berkongsi pengalaman, katanya, ketika itu dia bersendirian dalam perjalanan untuk membeli burger di kawasan tersebut.
"Masa saya duduk dalam kereta sementara tunggu burger siap, ada adik ni datang ke kereta. Dia tengok-tengok sebelum saya buka tingkap. "Saya tanya adik tu buat apa? Adik tu jawab 'Kak, tolonglah saya. Belilah buah, saya dah penat, belilah semua'. Kata-kata adik tu buat saya rasa sebak," katanya ketika dihubungi. Lebih mesra disapa Trisya, katanya, dia dimaklumkan oleh kanak-kanak terbabit bahawa ibunya yang menghantarnya ke kawasan tersebut untuk berniaga buah. "Ada berbaki sembilan biji mangga yang dia mahu jual kesemuanya. Mungkin dia bawa lebih banyak mangga sebelum itu tetapi sudah terjual. "Mungkin dia ada target untuk kena habiskan buah yang dijual sebelum boleh balik. Sebab itulah dia merayu untuk saya beli kesemua buah yang tinggal. Tak tahu berapa lama dia berniaga tapi nampak dia cukup penat," ujarnya yang berasal dari Johor Bahru. Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih dua juta tontonan, Trisya membeli kesemua sembilan biji mangga yang berharga RM45. Dia bagaimanapun memberikan RM50 kepada kanak-kanak itu dengan bakinya untuk tujuan sedekah, sebelum kanak-kanak itu beredar meninggalkan keretanya. Walaupun ramai yang memuji kegigihan kanak-kanak itu menjual mangga, Trisya yang merupakan usahawa dalam bidang kontraktor bagaimanapun tidak bersetuju anak kecil itu 'dikerah' mencari rezeki bersendirian pada lewat malam. "Saya terfikir kenapa sekarang semakin ramai budak berniaga terutama pada waktu malam. Mungkin salah satu sebabnya cara menggunakan budak-budak untuk berniaga lebih mudah. "Tapi kena fikir keselamatan dan tumbesaran kanak-kanak. Sekarang hidup zaman moden dan negara maju, tapi taraf kehidupan masih balik ke zaman penjajahan Jepun," ujarnya. Jelas Trisya, budaya menggunakan kanak-kanak untuk berniaga perlu dihentikan dan ibu bapa seharusnya memainkan peranan dengan memikul tanggungjawab yang sewajarnya. Menurut Trisya, dia menyifatkan kanak-kanak dalam pertemuan singkat itu sebagai petah bercakap, berani dan bijak. "Dari luar tingkap, dibelek-beleknya dashboard kereta saya. Dia excited bila tengok kereta Audi. Saya ada offer dia untuk naik kereta, tapi dia tak nak. "Sebak tengok dia tak mahu saya beri duit, tapi dia merayu saya beli mangga yang dijual. "Lepas jual mangga pada saya, dia beredar dan ada kereta datang jemput di hadapan, mungkin ibunya. "Saya dalam kereta menangis terkenangkan dia. Saya doakan agar adik tu tak lupakan pelajaran dan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti," kata Trisya yang menyediakan 'Kasih Ohana' bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lampin, keperluan makanan dan susu, termasuk peluang pekerjaan, kelas mengaji dan tuisyen percuma. Sumber: mStar
|
ifanonline: kesan rasuah dah boleh nampak dlm negara malaysia...ini lah akibat dan kesan rasuah sekiranya tidak di bendung
CiliPadiSedap replied at 22-3-2022 12:11 PM
betul setuju. sebab apa yang indonesia lalui malaysia akan lalui contoh orang main gitar kt traffi ...
ifanonline replied at 22-3-2022 11:43 AM
kesan rasuah dah boleh nampak dlm negara malaysia...ini lah akibat dan kesan rasuah sekiranya tidak ...
Prickford replied at 22-3-2022 12:10 PM
"dia dimaklumkan oleh kanak-kanak terbabit bahawa ibunya yang menghantarnya ke kawasan tersebut untu ...
ADVERTISEMENT