Pelakon sensasi Zul Ariffin dilaporkan bakal disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.
Tindakan itu diambil susulan memuat naik kandungan jelik di media sosial, lapor Sinar Harian. "Zul Ariffin akan disiasat kerana hantaran YouTube yang menyalahi undang-undang," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-Kom), Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter pada Selasa. Dia menegaskan, pihaknya tidak membenarkan paparan sedemikian ditayangkan pada bila-bila masa sama ada bulan Ramadan atau bulan lain.
Menerusi perkongsiannya sebelum ini, Zul memuat naik rakaman teaser babak sensual bersama heroin drama iaitu Siti Hariesa di Instagram. Zul yang dihujani kritikan dan kecaman kemudian memadam kandungan berkenaan dan memohon maaf atas tindakannya itu. - CARI
|
slyfynx replied at 22-3-2022 10:27 AM
Eh, bape ratus thread nak bukak pasal kes ni?
Kene panggil JAIS
Ruhainies cuba justify
adila39 replied at 22-3-2022 02:14 PM
eh saja nak celah kenapa pelakon? pengarah la ..apa lembab sgt ni
Normabaru replied at 22-3-2022 12:40 PM
Ikut SKMM siapa yang sebar diala yang kena siasat..
If terbukti skrip tu melanggar garis panduan. ...
ADVERTISEMENT