Mesti ada di antara pembaca di sini yang gemar menonton filem seram. Selalunya orang yang gemar menonton filem seram ini seseorang yang tidak mudah takut kepada babak kejutan yang ada dalam filem seram. Sebenarnya, ada beberapa filem yang dinasihatkan agar tidak ditonton seorang diri, walaupun pada waktu siang. Hal ini kerana, menurut peminat genre seram pernah mengatakan filem-filem ini pernah membuatkan oleh 'meracau'. 1. The Exorcist
Filem The Exorcist diadaptasi daripada kisah sebenar iaitu kisah Roland Doe. Pada tahun 1949, Roland Doe tiba-tiba sahaja dirasuk sesuatu entiti yang tidak diketahui asalnya. Walaupun upacara penyembuhan dilakukan kepada Roland secara berperingkat, namun ada sesuatu kejadian yang ganjil berlaku. 2. Kapalak Kizi Kisah ini juga diadaptasi dari kisah sebenar mengenai seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah sekolah. Namun, banyak kejadian pelik terjadi kepada wanita ini di sekolah itu. 3. The Exorcism of Emily Rose Filem ini mengisahkan seorang pelajar berbangsa Jerman dikenali sebagai Aneliese Michel. Pada umur 16 tahun, dia tiba-tiba meracau dan dikatakan boleh melihat makhluk halus. Pada mulanya, doktor menyangka dia mempunyai sakit mental yang boleh dirawat. Namun, gadis ini mengatakan bahawa dia dirasuk pelbagai jenis iblis jahat. Jika anda tertanya-tanya apakah yang terjadi di akhir cerita ini, bolehlah tonton filem ini. 4. Pengabdi Setan Filem ini berasal dari negara seberang kita iaitu Indonesia yang mengisahkan tentang sebuah keluarga di mana ibu mereka menghadapi satu penyakit aneh bertahun-tahun sehinggalah dia meninggal dunia. Namun, kejadian aneh berlaku apabila roh ibu mereka tiba-tiba muncul. Ada antara empat filem ini yang pernah anda tonton seorang diri? - CARI
|
ADVERTISEMENT