CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul Tak Sangka Muka Terpampang Di Billboard Serata Negara

21-3-2022 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4324| Komen: 31

Penyanyi bersuara emas, Aina Abdul meluahkan rasa terharu selepas wajahnya kini terpampang di papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia.


Ia susulan syarikat produk penjagaan wajah tempatan, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) telah menyambung kolaborasi mereka bersama Aina untuk tahun yang kedua. 


Kredit foto: IG Aina

“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.

“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.

“Sebelum ini saya pernah menyimpan cita-cita untuk melihat wajah sendiri pada papan iklan besar di tepi jalanraya. Tidak sangka kini menjadi realiti.

“Masalah kulit wajah saya pula semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas,” katanya.


Kredit foto: IG Aina

Menurut Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila disebalik pemilihan Aina sebagai wajah jenama mereka pada penghujung tahun lalu, dia akui terdapat kata-kata sumbang kedengaran. 

Jelas Julia, dia mengambil prinsip untuk tidak menipu pelanggan mereka.

Lantaran itu, Aina yang sebelum ini mempunyai masalah kulit wajah yang serius kini tampil yakin dengan perubahan sekaligus menjadi testimoni mereka yang berjaya.

“Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.

“Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai,” katanya.



Untuk info, Trulooks merupakan syarikat kosmetik tempatan yang membawa imej premium sejak 2016. Bermula pada tahun 2019, Trulooks mula mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit mereka, Truskin. Sehingga sekarang, jenama ini mempunyai lebih 2,000 stokis dan ejen di seluruh negara, termasuklah Brunei dan Singapura.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 21-3-2022 05:59 PM
gambar dia bina badan tu selepas or sebelum guna Truskin ni eh???....konpius jap....
Quote laksmanabentan 21-3-2022 06:04 PM
cantthinkofany replied at 21-3-2022 05:59 PM
gambar dia bina badan tu selepas or sebelum guna Truskin ni eh???....konpius jap....

flawless ker uollsss????

Quote ashilalat 21-3-2022 07:36 PM
Mcm mana muka berlobang² bole jd duta produk kulit?

Sape je la si bodo yg percaya pada produk ni menengokkan hasil nya begini
Quote Orix 21-3-2022 07:54 PM
truskin ni puteri zarith punya produk ke ? trudolly truskin
Quote jfq 21-3-2022 07:55 PM
Timbang kilo?
Bosan tgk billboard timbang kilo penuh sepanjang plus hiway
Quote rahsier 21-3-2022 08:45 PM
Wah tahniah
Quote slyfynx 21-3-2022 08:58 PM
Berleluasa timbang kilo skrg ni
Quote aderaderker 21-3-2022 09:04 PM
hmmmppphh.

Lepas aku tau ada ramai yg jenis pacak secara haram je billboard tu (terutama kawasan2 tersorok),  iklan billboard adalah sampah.
Kecuali kat main road tengah2 city tu no komen la ya.

So,  takyah la kebangga sangat.

But I love your voice, Aina (suara biasa tanpa overjerit).
Quote uori 21-3-2022 09:05 PM
bangga tak bertempat
Quote nakkomenjugak 21-3-2022 10:20 PM
heheheheeheh
selagi boleh bangga
lantak koo laa dek non
Quote YomiuriLandMae 21-3-2022 10:24 PM
jfq replied at 21-3-2022 07:55 PM
Timbang kilo?
Bosan tgk billboard timbang kilo penuh sepanjang plus hiway

yes btol lagi2 dkt LPT tu ntah segala mak nenek produk timbang kilo sume ada billboard.. byk plak duit founder2 ni ye nak invest..
Quote syidasaleh 21-3-2022 10:33 PM
Kat area seremban mostly iklan2 kena tampal iklan tanpa lesen tapi tak kena cabut pun
Quote AcikBuncit 21-3-2022 11:15 PM
Ada ke wajah dia tanpa mekap before n after guna produk ni? Produk ni kalo artis yg pakai pn xleh nk pcye sgt. Ye mmg dia pakai tp on top of that dorg bnyk duit pergi skin clinic.. Like not totally because of your product pn muka dorg makin elok
Quote makadek 22-3-2022 12:12 AM
@dudaberhias amacam tayah p siam dah dia
Quote Begbiru 22-3-2022 12:27 AM
kalau tgk sepanjang Elite highway dari shah alam sampai KLIA vice versa, berlambak billboard letak produk2 tempatan (whih is bagus) tp perlu ke setiap iklan produk kena letak muka founder/muka org? highlight la produk tu. dari iklan guna pic perempuan utk promote cable sampailah perniagaan timbang kilo ni.. sepesen je feature iklan tu. idea tak berkembang langsung.

ke mmg founder2 produk kat Malaysia ni dtg dari satu kawah yg sama ngan Vida & Alip yg suka tunjuk diri berbanding produk?
Quote LembingDayanti 22-3-2022 01:22 AM
padahal muka asli berlopak lopak.
Quote Normabaru 22-3-2022 06:48 AM
ashilalat: Mcm mana muka berlobang² bole ...


Oh ada lobang ek? Kaka ingtkn xde lobang
Quote Normabaru 22-3-2022 06:50 AM
Begbiru replied at 22-3-2022 02:27 AM
kalau tgk sepanjang Elite highway dari shah alam sampai KLIA vice versa, berlambak billboard letak p ...

Semua MLS baca buku marketing..dok hadap org sama idea sama..pastu malas nk innovasi..tiru bulat2..terhasil laaa....tadaaaa
Quote Normabaru 22-3-2022 06:53 AM
YomiuriLandMae replied at 22-3-2022 12:24 AM
yes btol lagi2 dkt LPT tu ntah segala mak nenek produk timbang kilo sume ada billboard.. byk plak  ...

Bukan kena bayar mahal mana pon..dh penguatkuasa malas nk bt keje kan..sume tunggu viral br bgerak...org lalulalang hi way malas nk report..so selamatla dorg jutaan ringgit..tp acah nnt ckp kita pasang billboard tahuuu..walhal billboard haremm...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.085065 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top