Hari ini, pelakon popular Zul Ariffin tampil memohon maaf kepada semua pihak susulan video teaser yang dimuat naiknya di laman Instagram baru-baru ini. Menurut pelakon ini, dia telah membaca dan mengambil positif kesemua respons berhubung video teaser drama Perempuan Itu yang viral beberapa hari lepas. Zul Ariffin juga mengambil kesempatan itu untuk memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakannya memuat naik video teaser berkenaan. Tambah Zul Ariffin, selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang content yang diberikan kepadanya untuk dimuat naik di media sosial. - CARI
|
3chanceno replied at 21-3-2022 06:17 PM
Thread dah ada dibukak.oleh Raline at 4.29pm! TT tak check sebelum menambahkan benang gosip yg sama ...
FanTasyCreaTioN replied at 21-3-2022 06:33 PM
TT ni penulis Bebas CARI ...
3chanceno replied at 21-3-2022 10:10 PM
Ok noted FC & tenkiu
Masalahnya tak tahu sapa freelancer..kalau dah report tu sahih, kredits ha ...
ADVERTISEMENT