“Betul kata orang, semua persoalan akan terjawab selepas 40 hari berpantang."
Selebriti popular Neelofa mendedahkan segala masalah dihadapinya hilang, malah hati menjadi lebih tenang apabila menatap wajah anak tersayang, Muhammad Bilal. Akuinya, setiap ibu berdepan cabaran tersendiri dalam menguruskan anak kecil, lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang di mana hormon masih belum stabil. “Semunya menjadi lebih baik apabila seorang ibu itu selesai menjalani tempoh berpantang.
“Walau apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak,” katanya kepada mStar. Dalam masa sama, Neelofa berkata, dia tiada sebarang amalan atau rutin khas dalam menguruskan Bilal. Bagaimanapun, dia banyak meminta tip daripada rakan-rakan setiap kali berasa keliru. “Saya tidak ada amalan spesifik dalam mengurusakan anak. Lebih banyak mengikut nasihat doktor dan ibu tentang apa yang terbaik,” jelasnya. Hormon kacau-bilau terus tenang bila tatap wajah Bilal ya. Mesti rasa sejuk saja, kan? - CARI
|
Piramida replied at 21-3-2022 06:20 PM
Guna kan anak utk update diri agar kekal relevant. What's up for tomm?
MyLadyMarmalade replied at 21-3-2022 08:25 PM
Mungkin boleh buat bod khas utk jah..semua update situ so tak payah la org rengsa tgk update jah tia ...
Acikgomen replied at 21-3-2022 09:40 PM
Kolej shoplot
Kek manooooo tu
ADVERTISEMENT