CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapa Pelakon Kita Gatal Sangat?" - Ridhuan Tee

21-3-2022 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3278| Komen: 21

Selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegur aksi panas Zul Ariffin, kini penceramah bebas iaitu Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut kesal dengan aksi pelakon berkenaan.


Ridhuan yang juga merupakan Profesor di Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata dia tidak menyangka seorang pelakon beragama Islam tergamak melakonkan aksi jijik sedemikan tanpa rasa malu.

"Kenapa pelakon kita gatal sangat? Macam tak pernah masuk TV dan macam tak pernah berlakon. Takkan selaku orang Melayu tak tahu cara budaya hidup sendiri... kalau bukan orang Islam yang buat, saya tak hairan sangat.

"Saya naik geli dan nak muntah apabila melihat adegan panas pelakon tanah air beragama Islam yang sanggup melakonkan babak berkenaan, seolah-olah kita ini pelakon barat.

"Jika kamu ada anak, isteri atau suami, kamu tak rasa malu ke mereka tengok suatu hari nanti? Di mana adab budaya sebagai seorang Islam dan yang penuh dengan kelembutan Melayu?



Kredit foto: MalaysiaGazette/IG Zul

"Elok mereka ini hantar CV (resume) ke Korea atau Amerika Syarikat untuk menjadi pelakon di sana supaya lebih international," katanya kepada mStar.

Ridhuan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pelakon Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas bersama aktres Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu.

Sementara itu, Ridhuan turut menegur pengarah drama berkenaan kerana tidak sensitif dan berani membawa masuk budaya barat dalam karya arahan mereka.

"Sama ada akan disiarkan atau tidak itu lain cerita. Masalahnya di mana adab budaya kita. Kalau filem orang putih masih boleh terima lagi, ini filem Melayu. Pengarah pun satu hal, orang Melayu juga.

"Berpada-padalah dalam mengarahkan anak buah untuk berlakon. Kita ini orang negara timur bukan barat. Kita ada adab!" katanya.

Dalam pada itu, Ridhuan mencadangkan supaya mereka yang terlibat dengan industri kreatif mengambil kursus berkaitan budaya dan adab.

Ini memastikan industri hiburan kita tidak terpesong dan terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan agama dan norma hidup orang Melayu.

"Saya syorkan supaya semua mereka yang terlibat dalam proses penerbitan filem drama diwajibkan mengikuti kursus adab sopan, tatacara adat budaya timur dan kursus asas penerbitan Islam.

"Kita tidak mahu nanti, filem atau drama kita sama seperti apa yang berlaku di barat dan Korea. Semua perkara itu tidak mustahil berlaku kerana bibit-bibit itu telah pun di rasai.

"Saya cukup hairan, kenapa filem dan drama kita tidak ada identiti dan jati diri berbanding negara lain. Kenapa kita terlalu kebaratan?" ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pencintaABC 21-3-2022 04:06 PM
Syafi Tee anak dia pun ada scene sweet2 pegang tgn bukan mahram segala kan?
Quote laksmanabentan 21-3-2022 04:10 PM
saya cuma mengikut arahan pengarah aja...
da pengarah pun ala2 gersang kannnn...
harus lah buat adegan2 gitu... hahaha....
Quote bahagiaselalu 21-3-2022 05:01 PM
perlu ke nk buat publisiti murahan mcm ni? Banyak scene yg lebih elokkkkk lagi utk dijadikan publisiti
Quote jijilaaa 21-3-2022 05:08 PM
hati2 la berkata2..anak u tu pun pelakon kan..sok2 berbalik pada diri sendiri..masa tu sila label anak u gatal kurang didikan agama dari parents.
Quote mzzenma 21-3-2022 05:15 PM
Adakah he tengah sindir anak sendiri juga? Alang2 nak jadi pelakon sgt.. pi korea ke hollywood sana..
Quote Suchi 21-3-2022 06:34 PM
Harap anak dia tak buat hal gini tidak malu oiii
Mcm mana anak dia terpikir nak jadi retis eh? Kalau bapak dah takde lain cite, bukan pe kita ni selagi ade keluarga apa yg kita buat mmg secara tak langsung org akan kaitkan ngn keluarga kita walaupun dorang tak buat apa pun.
So pikir2kanlaa yer, paling teruk kena selalunya mak pak laa padahal anak yg wat pangai tu umur dah tua renta tp tetap la mak pak kena label tak pandai didik anak.
Quote sunshinelady 21-3-2022 07:20 PM
also bukan salah pelakon seorang je, salah penulis skrip, pengarah, cameraman, & org yg menjayakan babak lakonan tu. if takde babak tu & yg menggalakkan, takde la pelakon berlakon wabak tu. so this is the whole team members termasuk pelakon punye hal.
Quote Hoola 21-3-2022 07:31 PM
Moga pngajran pd yg lain
Lpsni kita boikot apa yg patut
Org2, flex2,ponder2,marhaein2 viral yg mnjtuhkn martabat ummah msia khususnya mlayu
Srkian,wabilahitaufikwalhikdyh wasalmuakiumwbt.
Quote haznor 21-3-2022 07:37 PM
jijilaaa replied at 21-3-2022 05:08 PM
hati2 la berkata2..anak u tu pun pelakon kan..sok2 berbalik pada diri sendiri..masa tu sila label an ...

Iman tak dapat diwarisi biar pun bapanya seorang ulama atau Nabi sekalipun.
Quote Nenasketum 21-3-2022 09:37 PM
Sebab nunggu Hollywood tak panggil2. Aku menyampah betul kalau Jul berlakon, entah apa2 dia cakap, perasan hensem naw agaknya
Quote YomiuriLandMae 21-3-2022 10:27 PM
iols sejak dia kecam tokti psl kes pahala aritu iols terus pangkah ustaz ni..
Quote nakkomenjugak 21-3-2022 10:27 PM
hati2
anak uols punya pelakon yachhhhh
Quote sharlenetexas 22-3-2022 03:01 AM
Bukan ke ada bideo mua pondan peluk anak heols?

Quote AnnaSendin 22-3-2022 03:17 AM
Pejal tahir kena gam pasal bukak baju jurr pon. Retis zaman now patut bersyukur tade badan yang letak gam gajah ker hape walaupon berlakon ala2 pornstars gittuew.
Quote kitmal 22-3-2022 07:07 AM
sama juga kalau suka plagiat hak orang kan....kenapa gatal nak tiru
Quote bottombikini 22-3-2022 08:28 AM
elok2 la anak uols pun pelakon
Quote adeqbun 22-3-2022 09:06 AM
haznor replied at 21-3-2022 07:37 PM
Iman tak dapat diwarisi biar pun bapanya seorang ulama atau Nabi sekalipun.

ye..kdg2 parents pon xleh nak kawal dan sekat keinginan anak2...mgkin gak RT ni sbnrnye sound setepek skali utk anak die...harap anak die fhm la kedudukan bapaknye tu..jgn la malukan bapak...pk dlu sblm nak menjoreng..
Quote lasagna 22-3-2022 09:11 AM
YomiuriLandMae replied at 21-3-2022 10:27 PM
iols sejak dia kecam tokti psl kes pahala aritu iols terus pangkah ustaz ni..

dia komen apa uols? teruk nau ke camne? share sket psal ni.
Quote kotakominami 22-3-2022 09:29 AM
Edited by kotakominami at 22-3-2022 09:31 AM
lasagna replied at 22-3-2022 09:11 AM
dia komen apa uols? teruk nau ke camne? share sket psal ni.


Pasal majlis akikah anak die tuh langgar sop....Betullah ape ustaz tu ckp ko buat salah bila org kecam ko boleh pulak ckp ko dapat pahala byak sebab dikecam..abih kalau orang mencuri kena kecam pencuri tu pon ckp Alhamdulillah byk pahala saya dikecam....ko rase? .....
Tapi ngeri jugaklah ustaz ni sound sana sini anak dia pon pelakon...agak nye dia pon redho takleh buat ape...anak dah besar....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047689 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top