CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erma Risau - Umie Dedah Cerita Sebenar Babak Panas Zul Ariffin

22-3-2022 10:31 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6266| Komen: 55


Selepas klip drama Perempuan Itu lakonan Zul Arifin dan Siti Hariesa menjadi tular di media sosial, pelakon Datin Seri Umie Aida mendedahkan bahawa kakaknya, Erma Fatima yang merupakan penerbit drama tersebut sebelum ini pernah meluahkan kerisauannya terdapat babak panas tersebut.

Erma sedia maklum terdapat babak yang kurang sesuai untuk ditonton orang ramai kelak. 

Perkara ini dikongsi menerusi Instagram Umie Aida. 

Kredit Foto : Instagram Umie Aida via Murai.my


Seterusnya, dia ingin memadam klip tersebut, namun tidak menyangka ia telah dikongsi terlebih dahulu sehingga tular di media sosial.

Walaubagaimapun tinjauan mendapati, hantaran Umie di Instagram tersebut telah dipadamkan.

Dalam hantaran itu, Umie yang juga menonton klip tersebut dari Instagram Zul Arifin memohon pihak terlibat bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

Dalam pada itu, pengarah drama berkenaan memaklumkan bahawa klip adegan panas itu sebenarnya merupakan babak versi kedua yang dirakamkan untuk tujuan publisiti. Ain menjelaskan, babak drama berkenaan tidak ada kaitan dengan Erma Fatima seperti dilaporkan Astro Awani.

“Dia penulis skrip dan saya memvisualkan karakter mengikut penulisan, semasa penggambaran dia banyak kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat takut tak boleh boleh keluar televisyen. 

Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangka saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu.

Jadi netizen jangan kecam kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” ujarnya.

Sebagai info, drama 30 episod ini turut diarahkan oleh pengarah terkenal Isma Yusof. Drama ini akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Sesungguhnya babak sensitif dan agak keterlaluan seperti ini agak tidak sesuai untuk tayangan umum mahupun tujuan publisiti. Matlamat tidak menghalalkan cara. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 22-3-2022 10:41 AM
Yet another thread pasal mende xde pekdah sesen ni.
Quote babelina 22-3-2022 11:05 AM
percaya ker.. xkn cikit pn EF xtaw menahu.. plssssss laaa..
Quote kaseh80 22-3-2022 11:07 AM
Apa pasal umie Aida nak buat statement nak tumpang publicity ke?
Quote nolya 22-3-2022 11:20 AM
Kecerobohan ZA yg berujung 'fatal' bagi  pihak  produksi.  Ingatkan nak bersenggol2 manja tapi berpadah celaka!
Seribu alasan, maaf dn kebenaran, sayang akhlak jahiliah sudah mendahului.
Quote Prickford 22-3-2022 11:44 AM
kaseh80 replied at 22-3-2022 11:07 AM
Apa pasal umie Aida nak buat statement nak tumpang publicity ke?

Sheolls nak clarify la kot sebab orang terus2 hentam kakak dia. Directly dia contact kakak dia pasal isu tu. Kira EF nak buang scene tapi Julriporn pegi upload tanpa ada hak utk upload. Tah camne Julriporn leh dapat footage tu. Gitu lah ceritanya.

Quote bottompadu 22-3-2022 11:44 AM
banyak na tread julporn.. kiranya kuata sehari satu tread ka macamana?
Quote edoraixora 22-3-2022 11:47 AM
Edited by edoraixora at 22-3-2022 11:49 AM

apooo????
si zul cakap dia dapat klip tu utk marketing di socmed
makna kata mmg dari pihak produksi
takkan acik erma xtau

or marketing berjaya??
merata2 org cakap pasal ni
kat cari jer, berjujuk2 tred pasal ni

Quote iolss 22-3-2022 12:22 PM
Hang ingt ni indon.. nk buat scene mcm layangan putus... ZA acah2 Reza Rahadian ke apoooo
Quote MatDeghem 22-3-2022 12:24 PM
sebagai penerbit kamu bertanggung jawab segala ape production yang berlaku. mana boleh tolak balak here and there.

Ini semua poyo.... publisity murah production. Penerbit, Pengarah dan TV station.

harap kerajaan BAN drama ini
Quote makton 22-3-2022 12:31 PM
boikot la Zul Ariporn ni. boikot dgn produksi skali!
Quote asamfish 22-3-2022 12:32 PM
edoraixora replied at 22-3-2022 11:47 AM
apooo????
si zul cakap dia dapat klip tu utk marketing di socmed
makna kata mmg dari pihak produksi

Sebab tu saya masih kata cikErma ni yang bertanggungjawab!  Jangan nak divert2 and put any blames on others!  

Quote nakkomenjugak 22-3-2022 06:50 PM
hahahahahahaha
kesian kome retis2 malaya
mesti menyumpah2 kenapa uols dilahirkan kat malaya
itu tak boleh ini tak boleh
kalau uol lahir jadik retis kat mexico ke uncle sam mesti takde sape kesahhhh
bertabah laaa nokkkkkssss
Quote lattehazelnut 22-3-2022 06:58 PM
Sume pura2 innocent..
Padahal ni yg kome nak kan..
Satu malaysia bg perhatian..
Quote Wayree 22-3-2022 07:18 PM
Julriporn tuh mmg suka uplod supaya dia famousPdahal dia tk bley upload.. Jul tuh dia nk viral tp slh konsep mkn diri sndiri...  So meolzz HARAP JULRIPON DI GAM CAP GAJA UTK SMUA STESEN TV KT MALAYSIA NIH.. tk yah lah kata bersalah ke tk mmg jelas bersalah ..heolz yg upload nk cari publisiti viral..so sila bg pngajarn pda julriporn nih gam cap gajah. P brlakon kt negara arab o turki klau nk sium sium nk jilat creambudaya sana terima walau islam
Quote chanthik 22-3-2022 07:26 PM
Takutlah tu Annuar Musa dah tweet pasal Julporn, itulah dah nama pun retis kertu, mestilah otak tak berfungsi yah. Lembu je rasanya yang akan shoot soft porn untuk drama Ramadan, entah entah lembu pun tak sanggup
Quote annadonna 22-3-2022 07:31 PM
Saya hanya nak pergi majlis pengebumian saja daripada majlis kahwin, supay insaf.

Tak cukup banyak lagi tengok mayat ni nak buat ko insaf
Quote tikusmontok 22-3-2022 08:33 PM
annadonna replied at 22-3-2022 07:31 PM
Saya hanya nak pergi majlis pengebumian saja daripada majlis kahwin, supay insaf.

Tak cukup banyak  ...

Poyonya lahai *muntah*
Quote likecandy 22-3-2022 08:47 PM
edoraixora replied at 22-3-2022 11:47 AM
apooo????
si zul cakap dia dapat klip tu utk marketing di socmed
makna kata mmg dari pihak produksi

Kan..video tu pon di edit dgn professional
Xkan julripin edit video tu pastu post kat sosmed
Mesti datang dari production team jugak kan
Quote rahsier 22-3-2022 08:52 PM
Adoiii tak abis2 lagi

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.074245 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top