CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tengok Kat Sini Pun Berdebar" - Teaser Drama Perempuan Itu Lakonan Mimi Lana Jadi Bualan

21-3-2022 12:42 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3828| Komen: 12|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Mimi Lana


Sejak teaser drama Perempuan Itu viral dua hari lepas, ia menjadi bualan hangat netizen di media sosial. 

Walaupun drama ini masih belum ditayangkan di televisyen, namun ia telah mendapat pelbagai luahan negatif dari netizen. 



Hal ini kerana, Zul Ariffin iaitu pelakon utama di dalam drama itu telah memuat naik satu video teaser dengan babak 'hangat' dan tidak sesuai untuk tontonan umum. 



Namun, terdapat juga satu sisi positif dalam drama ini. Menerusi teaser yang dikongsikan Mimi Lana di laman Intagram miliknya, kelihatan drama ini turut memberi pengajaran buat penonton.


Sumber: Instagram Mimi Lana

Menerusi posting tersebut, turut kelihatan pelakon otai iaitu Eman Manan yang berlakon menjadi watak bapa kepada Mimi. Memang lain betul ya efek drama ini. 


Sumber: Instagram Mimi Lana

Berdasarkan video teaser itu, kelihatan Mimi betul-betul menjiwai wataknya hingga menyebabkan ramai peminat memuji babak 'rotan' tersebut nampak begitu real. 

Kini perkongsian teaser drama Perempuan Itu telah meraih lebih 342 ribu tontonan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 21-3-2022 01:20 PM
lawa mimi lana..
Quote hazira_gomez 21-3-2022 01:21 PM
cerita ni tayang bulan puasa ke..
Quote babelina 21-3-2022 01:41 PM
alamakk pelakon yg aku suka.. mimi n eman manan!!!!
siot la jul nie..buat spoil jer!!! x pasal2 x dpt tgk lakonan bermutu dua org nie..
Quote kbyne 21-3-2022 03:03 PM
Ada nak try exploit filem melayu jadi macam cerita lucah barat.
Harap jugak ada yg boleh report pengarah mirip lucah kat FDAM,kalau tak jalan ataupun Kementerian.
Quote She-Ra 21-3-2022 03:08 PM
sayang.. jalan cerita mcm dh best, sekali jul ripin p spoilkan.. kbai la
Quote hashashes 21-3-2022 03:34 PM
Aiyo pak haji, dalam Islam kalau nak pukul anak kena pukul kat bahagian kaki and ke bawah je ye. Tu pun kalau tak solat ke apa, bukan silap sikit pun nak pukul2.
Quote per706 21-3-2022 03:35 PM
Wowww, keria hitam bersepuh emas.


Abg emannnn!!!
Quote bondeh 21-3-2022 10:53 PM
Memula tengok kat ig Mimi terus aku terbayang BDSM ini julporn punya pasallah nih brengsek julporn wakakakakak
Quote slyfynx 21-3-2022 11:00 PM
Berapa byk daaa nk bukak thread pasal mende ni.
Quote Lily_Elizabeth_ 22-3-2022 07:31 AM
Bibir lana ni cam lebam cam merokok. Budak muda kan ke bibir pink.
Quote mendeluk 22-3-2022 09:29 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 22-3-2022 07:31 AM
Bibir lana ni cam lebam cam merokok. Budak muda kan ke bibir pink.

Mimi ini memang merokok pun kan.
Quote Lily_Elizabeth_ 22-3-2022 10:06 AM
mendeluk replied at 22-3-2022 09:29 AM
Mimi ini memang merokok pun kan.

Itulah tu.

Muka berlebam.
Dah hagak dah.
Rugi je dia merokok.
Rosakkan inner beauty sendiri.
Macih info dear.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.048137 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top