CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Rakan Baik Songlap Duit, Andi Bernadee Kata Masih Belum Selesai

21-3-2022 11:21 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1160| Komen: 1|Original author: Tatod


Ogos tahun lalu, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee mendakwa dia ditipu rakan baik merangkap pembantu peribadinya membabitkan kerugian sebanyak RM70,000.

Pemilik nama sebenar Andi Azrul Andi Mapangile yang sudah membuat laporan polis sejurus menyedari perkara itu bagaimanapun masih menunggu tindakan selanjutnya kerana ia masih dalam proses siasatan.

"Kes berkenaan setakat ke hari ini masih belum selesai. Ia masih dalam siasatan polis dan saya serahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Namun, saya sudah melantik peguam.


"Peguam saya itulah yang menguruskan kes ini dari awal sehingga sekarang. Saya tunggu saja apa-apa makluman terbaharu berkaitan kes itu," katanya kepada Media Hiburan.



Disebabkan kes berkenaan, Andi kini mengambil pendekatan untuk lebih hati-hati setiap kali mengenali orang baharu. 

Enggan pisang berbuah dua kali, Andi sentiasa berwaspada kerana tidak mahu menjadi mangsa penipuan sama seperti sebelum ini.

"Tetapi, saya tidaklah boleh bersikap sedemikian terhadap semua orang. Saya tidak boleh pukul rata kerana personaliti setiap individu itu berbeza.

"Bagaimanapun, saya sentiasa berwaspada, bimbang terkait dengan masalah seperti sebelum ini," katanya.



Terdahulu, rakan baik Andi dikatakan telah menggunakan telefon bimbit penyanyi itu untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja membabitkan transaksi bayaran.

Kerugian sebanyak RM70,000 itu adalah bayaran hasil berlakon dan bekerja untuk sebuah syarikat baju yang mana wang berkenaan dikirimkan ke akaun peribadi individu berkenaan.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompadu 21-3-2022 11:30 AM
beliau ni straight ke x?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.033984 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top