Banyak desas-desus mendakwa hubungan percintaannya dengan aktres Mimi Lana sudah berakhir. Pelakon Syafiq Kyle bagaimanapun enggan melayan gosip atau pertanyaan mengenai status hubungan mereka.
“Kadang-kadang kalau jadi macam ni, bukan saya tak nak jawab tapi saya jadi malu. Saya segan. Kita bukan bercinta umur 12 tahun. Esok lusa nak kahwin dah ni, lepas tu nak layan benda-benda macam tu lagi. “Mungkin lima tahun lepas saya boleh layan benda macam ni tapi sekarang dia jadi cringe. Tapi selagi kami berada dalam hubungan yang baik, alhamdulillah.
“Kita akan update benda yang lebih baik. Untuk benda-benda kecil tu, I don’t give a damn sebenarnya sebab benda tu buang masa saya juga,” katanya. Syafiq berkata demikian apabila diminta Gempak untuk mengulas mengenai komen warganet yang mendakwa Mimi kini sudah memiliki teman lelaki baru. “Jujurnya, fans saya tak pernah bertanyakan tentang hal perhubungan seperti ini kepada saya. Sepanjang saya mengenali mereka, mereka hanya nak tahu benda-benda yang saya buat dari segi karier. “Saya berharap agar peminat dapat mendoakan kelancaran karier saya supaya ia memudahkan saya untuk menyusun perancangan seterusnya (kahwin) pada masa akan datang,” tutup Syafiq,” ujarnya. Takkan fans Syafiq langsung tidak tertanya-tanya mengenai perihal percintaannya? - CARI
|
SalenaGomez replied at 19-3-2022 06:04 PM
SG dari dulu suka tgk muka mimi ni…berlakon pon ok lah best…mimi ni mix ke?? Kalau x mix, mmg muka ...
cruz2 replied at 19-3-2022 04:36 PM
Jgn riak dan takabur sgt syafiq oiii..mimi tu kerabat2 pon ramai yg suka.hang pi belakang sikit bule ...
cruz2 replied at 19-3-2022 04:36 PM
Jgn riak dan takabur sgt syafiq oiii..mimi tu kerabat2 pon ramai yg suka.hang pi belakang sikit bule ...
ADVERTISEMENT