CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watak Barkoba Jadi 'Ikon' Tak Puasa, Bell Ngasri Bimbang Tanggapan Kekal Sampai Bila-Bila

19-3-2022 02:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2847| Komen: 5


Membawa watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 19 Puasa, karakter yang terkenal dialog 'yak yak yeah' itu kini menjadi 'ikon' terkenal setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun Bell Ngasri hanya sekadar melakonkan watak individu yang tidak berpuasa, namun timbul rasa bimbang gelaran serta tanggapan itu terus melekat dengan dirinya.

Memetik laporan Gempak, Bell bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya sekali lagi ditawarkan untuk melakonkan watak sebagai Barkoba.




"Ketika terima tawaran watak Barkoba, saya tidak fikirkan apa-apa. Asalkan ada kerja dan bayaran setimpal. Tapi, tak sangka pula melarat hingga orang jadikan saya ikon tidak berpuasa.

"Setiap kali tiba bulan puasa mesti ada yang jadikan wajah saya sebagai gambaran untuk individu lain yang tidak berpuasa. Situasi ini agak membimbangkan saya," katanya.

Bell juga mengatakan tindakan menjadikan watak Barkoba sebagai contoh individu yang tidak berpuasa menyebabkan impak emosi terhadap isteri dan anak-anaknya.



Pun begitu, Bell tidak keberatan untuk terus melakonkan karakter Barkoba sekiranya sekuel 20 Puasa masih ada serta khidmatnya diperlukan.

"Arwah pernah bagi tahu dia bermimpi telefilem itu sehingga 20 Puasa tapi dia pergi dulu sebelum sempat merealisasikan sekuel seterusnya.




"Sekiranya ada sambungan nanti, saya tidak ada masalah untuk terus melakonkan karakter berkenaan. Saya yakin, isteri dan anak kepada Allahyarham Mamat Khalid sedia maklum mengenai jalan cerita," katanya yang tidak mempunyai masalah bekerja di bawah arahan Mohd Khalid Amen. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annabellaruz2 21-3-2022 01:46 PM
ko berlakon pun watak apa Bell, tetap meols suka...
Quote babelina 21-3-2022 03:45 PM
aku xpenah tgk citer nie.. tingin nk tgk.. harap2 ada ulangan la..
Quote jijilaaa 21-3-2022 05:13 PM
babelina replied at 21-3-2022 03:45 PM
aku xpenah tgk citer nie.. tingin nk tgk.. harap2 ada ulangan la..

kalau ada ulti/ultra box leh tgk kat astro... kat astro pun website pun ada cite ni. tp kalau uols rajin download je la kat tele. me ols dah tua2 ni malas betul nak mendownload
Quote babelina 21-3-2022 05:39 PM
jijilaaa replied at 21-3-2022 05:13 PM
kalau ada ulti/ultra box leh tgk kat astro... kat astro pun website pun ada cite ni. tp kalau uols ...

owh ok2.. tq2.. nanti i ols cari kt astro website..
nie citer "yak yak yey knnn.." hahahaha
Quote vinethrill 23-3-2022 12:37 AM
Kihkihkihkih

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.074378 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top