CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2 Tahun Bergelar Duda, Keith Foo Belum Terfikir Cari Cinta Baharu

19-3-2022 11:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1984| Komen: 3|Original author: Tatod


Aktor Keith Foo masih menjalin hubungan baik dengan bekas isterinya, Kim Raymond walaupun sudah berpisah sejak Disember 2019.

Masing-masing mengetepikan ego mahupun masalah yang pernah timbul antara mereka demi mencipta kenangan indah bersama satu-satunya anak mereka, Skylar Raymond  Foo yang kini berusia lima tahun.

Memetik laporan Mstar, walaupun sudah dua tahun Keith bergelar duda namun dia sama sekali belum terfikir untuk bercinta dengan mana-mana wanita lain apatah lagi untuk berkahwin semula.


Katanya, buat masa ini keutamaannya adalah Skylar yang sedang membesar dan memerlukan perhatian daripada kedua-dua ibu bapanya.



"Saya rasa, sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk memikirkan cinta apa lagi mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

"Tunggulah dahulu hingga anak memahami situasi sebenar," katanya.

Berkongsi video percutian mereka bertiga pada awal bulan ini, Keith bagaimanapun berkata dia dan bekas isterinya tidak mungkin akan kembali bersama sebagai pasangan suami isteri.

Katanya, komunikasi dan hubungan mereka sebagai sahabat jauh lebih baik berbanding ketika mereka masih bersama.


"Kami pernah bercinta dan menjadi suami isteri tetapi ia tidak bertahan lama. Lebih baik begini sahaja. Kami lebih serasi sebagai sahabat.

"Saya tidak mahu anak membesar dan kerap melihat pertengkaran kami. Jadi, kami tidak mungkin akan kembali bersama," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 19-3-2022 04:27 PM
Masalahnye orang pon xnak biawak cam ko.. Tak abih2 menempek je kat umah bekas bini..
Quote mamajawie 20-3-2022 08:18 PM
Silap bini dia tergila-gilakan si KF ni..konon nk bersomikan retis..ujung2 sejuk beku sama cam tekya
Quote Carcosa 20-3-2022 11:31 PM
Macamana dia ni hot gila meletup2 masa kat Yindon dulu, balik sini haus sehaus2 nya
Mungkin tak sempat meletup betul2, dah kawin. Tak sempat Acik2 gundu peluk cushion lama2 ngidam kan Keith Dah disambar Kim socialite kayaraya.
Tapi satu Meols respek Keith ni. Dia rapat gila dgn exwife, tolak tepi ego, utk jaga anak. Jgn kata retis, marhaen byk gila yg bercelaru bercekau ex dgn ex depan anak. Pentingkan ego

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053065 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top