Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi rasa gembira terhadap anak perempuan bongsunya, Dahlia Arissa di Instagram mencuri tumpuan ramai.
Menerusi muat naik videonya, Aaron meluahkan rasa bangga kerana anak perempuanya yang tidak sampai berusia 12 tahun telah mula keluar dari zon selesa dan belajar kursus solekan kesan khas secara profesional. Aaron juga berkongsi pandangannya dengan mengatakan sebagai ibubapa, mereka harus mengenal pasti minat anak-anak dan beri galakan dan bukannya memberi tekanan terhadap anak-anak dengan harapan yang tidak realistik.
Melihat nasihat dan pandangan yang diberikan aktor tersebut sebagai ibu bapa, ramai bersetuju dengan apa yang dikongsikan pelakon tersebut. Dalam masa sama, ramai memuji bakat Dahlia dalam menghasilkan prostetik solekan kesan khas. Sekadar info, Dahlia kini menghadiri kelas pengacuan prostetik bagi solekan kesan khas bersama Ella Sandera yang merupakan pakar menghasilkan prostetik bagi solekan kesan khas untuk filem dan televisyen. Sumber: Murai
|
akuHavocczz replied at 18-3-2022 09:39 PM
Ada duit semua boleh bang
MatDeghem replied at 20-3-2022 08:47 AM
anak lelaki nya belajar di jepon.
Pelakon Datuk Aaron Aziz, 44, meluahkan rasa sedih
mizzmimi replied at 20-3-2022 08:54 AM
Malaya takde ke IB? International baccalaureate kan? Kalo pi Singapore macam balik kampung jek.. J ...
mizzmimi replied at 20-3-2022 08:54 AM
Malaya takde ke IB? International baccalaureate kan? Kalo pi Singapore macam balik kampung jek.. J ...
ADVERTISEMENT