CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Sharifah Shahirah Main Gitar Macam Pro! Tapi Kenapa Dah Tak Nampak Muka?

18-3-2022 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7646| Komen: 43

Hantaran selebriti verstail, Sharifah Shahirah di Instagram menarik perhatian ramai selebriti dan pengikutnya.


Kredit foto: IG Shiera

Ia susulan pengacara dan penyampai radio Suria FM itu berkongsi video anak perempuannya, Airra sedang asyik memainkan lagu Highway Star menggunakan sebuah gitar elektrik. 


Kredit foto: IG Shiera


Di kesempatan itu, Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera berseloroh mengenai wajah anaknya yang tidak kelihatan gara-gara fesyen rambutnya dan memakai pelitup muka.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuk rakan selebriti seperti Sissy Iman, Lan Solo, Liza Hanim, Zila Bakarin dan Emelda Rosmila mengagumi bakat anak pengacara popular itu.

Malah, mereka turut mengharapkan agar bakat Airra akan terus digilap kelak.


Kredit foto: IG Shiera

Sekadar info, Shiera mempunyai lima orang cahaya mata termasuk seorang cahaya menerusi perkahwinan pertama, Alissya, Airel, Airra, Audra, dan Adeena.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 18-3-2022 04:36 PM
Nampak berusia dah kak rara.
Quote bahagiaselalu 18-3-2022 05:03 PM
rasa nak ja ikat kemas rambut anak dia tu hehehe.. nampak ke idok bila berjalan. jangan tersadung sudah keh2
Quote uori 18-3-2022 05:05 PM
biasalah bebudak sekarang, gaya yang kita yang kertu ni takan paham. nanti dia dah tua nanti, dia pun mesti malu kenapalah aku gaya macam tu dedulu
Quote rahsier 18-3-2022 05:32 PM
Ni lah fesyen budak2 skrg.. nampak selekeh.. tapi tu style kata depa
Quote shernazz 18-3-2022 05:35 PM
Kita pernah melalui zaman emo dolu..
Quote haruslah 18-3-2022 05:54 PM
Kita pun penah mcm ni dulu
Esok dah berjenis sikit tahu la segan

Tapi kalau buh bideo ni kat efbi confirm ramai kecam
Baik ajar ngaji gittewwww
Sedangkan anak diorg yg x main muzik pun x ngaji
Quote Loh_83 18-3-2022 05:56 PM
Rambut mcm tu memang tengah trend rupanya.. anak sedara aku and rang Gaya gitu..adoii kene selak rambut baru nampak Muka.. Kat kolej dok okay rambut je agaknya pi kelas.. nasib muka hensem.. hahaha
Quote djzara81 18-3-2022 06:10 PM
Anak bujang aku pon dah start buat rambut gaya MGK. Sabojelahhh
Quote beatgirlX 18-3-2022 06:11 PM
Hahaha...aku rima's tgk rmbut anak aku mcm ni...dah nak masuk sekolah aku sub potong pendek lepas 2 tahun x potong..
Anyway mmg talented anak dia ni..ni ke yg buat lukisan kat carpet tu?
Quote stania83 18-3-2022 06:21 PM
coolnye kau dikkk...acik in awe.
Quote Prickford 18-3-2022 06:25 PM
Anak sheolls ni memang berbakat. Pandai main alat music & melukis. Boleh diketengahkan dalam bidang art. Pesen tu ala biasa la budak2 skang. Sampai zaman pro nanti, kemas lah dia.
Quote kembangbunga 18-3-2022 06:26 PM
rahsier replied at 18-3-2022 05:32 PM
Ni lah fesyen budak2 skrg.. nampak selekeh.. tapi tu style kata depa

Anak buah iols pun pesen gini. Hahahaha rasa nak selak je rambut tu. Ikat tinggi kasi nampak muka
Quote ezacbee 18-3-2022 06:31 PM
AKu tercari2 mana mata dia
Quote KucaiHijau 18-3-2022 06:38 PM
Biar jelah bdk2 ni...die muda lg...nnt dah tua dah berakal die taulah mane baik mane buruk...kalau nak nasihat pun nasihat jelah elok2
Quote fatimahmarkonah 18-3-2022 07:34 PM
Prickford replied at 18-3-2022 06:25 PM
Anak sheolls ni memang berbakat. Pandai main alat music & melukis. Boleh diketengahkan dalam bidang  ...

Hat ni ke yg pndai melukis tu ke hat lain?
Quote dua_chzy 18-3-2022 07:42 PM
Vibe lgbt anak kau kuat sangat kak.
Quote rahsier 18-3-2022 07:46 PM
kembangbunga replied at 18-3-2022 06:26 PM
Anak buah iols pun pesen gini. Hahahaha rasa nak selak je rambut tu. Ikat tinggi kasi nampak muka

Kan? Kita yg tua ni nmpk rimas.. diorang tak rimas pun.. style katanyaa
Quote she 18-3-2022 08:53 PM
Ni fesyen rambut anak2 macik
Pastu pakai spek nerd tu
Tak payah nak rebonding bagai
Tren natural perm gitewww

Baidewei macik tertarik dengan komen Rodi
Sape entah tag Rodi
Pastu Rodi replied kena lembut lagi
Macik macam lorrrr beria kau komen skill budak umur 7 tahun
Susah ke kau nak puji?

Ok itu aje
Quote hotmak 18-3-2022 09:03 PM
mmg style gini, taktau nape nak cover sangat muka tu

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048340 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top