Ramai peminat tidak sabar ingin menatap wajah putera sulung Neelofa, Muhammad Bilal.
Sering diaju pertanyaan sama, isteri Pencetus Ummah Harris Ismail atau PU Riz itu terpanggil untuk memberi penjelasan dalam satu sesi siaran langsung di Instagram pada malam Rabu. Jelasnya, Bilal mungkin akan ditunjukkan pada umum apabila masanya sesuai dan bayi itu sudah kuat bagi mengelak dari terkena penyakit ain. "Untuk yang bertanya fasal Bilal, tak berhenti tanya saya fasal Bilal saja... ramai yang menasihati saya benda yang sama. "Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu kan. Untuk mengelakkan ain, atau pun nanti bagi dia besar dahulu, kuat dahulu. Bagi masa dan ruang," katanya dipetik mStar. Dalam masa sama, Neelofa menzahirkan rasa terima kasihnya kepada semua pihak yang memahami situasinya. Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini juga menghormati keputusan anaknnya itu yang belum bersedia 'menayang' Bilal. Malah katanya, keluarga terdekat pun belum melihat wajah Bilal. Amboi, ekslusif betul Bilal sampai keluarga terdekat pun belum lihat lagi. Mesti comel gila ni! - CARI
|
dua_chzy replied at 2-3-2022 08:35 PM
Penyakit ain ini, sekitar 2021 baru mula glemer konsepnya kan. Tahun 2010 takda pula aku dengar peny ...
rosannazmia replied at 2-3-2022 10:57 PM
@dudaberhias setuju tak dengan pernyataan En Haris ini?
dua_chzy replied at 2-3-2022 08:35 PM
Penyakit ain ini, sekitar 2021 baru mula glemer konsepnya kan. Tahun 2010 takda pula aku dengar peny ...
Suchi replied at 2-3-2022 03:02 PM
Iols tak ingat bila dengar pasal ni tp iols sendiri taktau cemana simptom penyakit dan cemana pesa ...
lampor replied at 2-3-2022 11:08 PM
Aku kalau benang lopak puyu ni malas aku nk komen.. nyakitkan hati je...
Kalau setakat nak berahsia ...
dua_chzy replied at 2-3-2022 11:31 PM
Mungkin konsepnya, lebih kurang sama dengan law of attraction? Kalau ikut pengalaman aiol, memang ...
dudaberhias replied at 2-3-2022 11:20 PM
setuju sangat sebab acik2 semua memang dah tak sabar nak tengok hanak Jah katanya kan... semua dah ...
ADVERTISEMENT