CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baby Shima Dipuji, Rajin Kemas Pinggan Lepas Makan Di Kedai

17-3-2022 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3567| Komen: 31

Tular di media sosial milik penyanyi, Baby Shima baru-baru ini yang memuatnaik videonya mengemas pinggan kotor selepas makan di sebuah medan selera mencuri tumpuan ramai.


Menerusi muat naik tersebut, penyanyi tersebut hanya sekadar mahu membantu meringankan tugas pekerja di kedai makan dengan menyusun pinggan-pinggan kotor dan mengelap meja ditempatnya.

Foto: IG

“Saling tolong menolong…” tulisnya.

Melihat video pendek tersebut, ramai yang memuji sifat membantu penyanyi tersebut dan ramai yang berkongsi melakukan amalan yang sama apabila keluar makan di kedai makan dan mengatakan amalan seperti itu patut dicontohi.




“Saya pun buat macam tu”

“Pelanggan yang pembersih, lepas makan kita tolong kemas.. Sikap yang patut kita contohi”

“Terima kasih permudahkan urusan orang”

“Bagusnya Shima”

“Terbaik Shima.. Amalan mulia,” komen mereka.



Dalam pada itu, ada juga yang memberi komen tidak menyangka selebriti cantik seperti Shima juga makan di kedai biasa seperti orang lain. Menurut Shima, dia akui suka makan di kedai biasa dan warung di tepi jalan kerana rasanya lebih sedap.

“Baby Shima rilek jer makan di kedai biasa,” komen salah seorang warganet.

“Shima suka gila kat warung-warung kedai biasa tepi jalan sebab lebih sedap” jawab Shima.



Seperti kata warganet, amalan seperti ini patut dicontohi lagi pun memudahkan kerja orang lain juga satu amalan yang mulia betul tak. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie5zoe 17-3-2022 05:49 PM
Kalau susun pinggan atas meja lepas makan bagi iols biasalah. Iols pun buat cemtu gak. Kalau tolong susun pinggan kat dapur tu baru betul-betul kagum.
Quote exclusive_vvip 17-3-2022 06:14 PM
biasa yg menayang2 pengemas@pembersih ni takde kemas@pembersih mana..bak kata my fren, yg jarang dibuat tu la yg akan di upload..sheols terus terang cakap, kalu dia up masakan, itu maksudnya aritu dia masak la
Quote Adrif 17-3-2022 08:00 PM
pernah part time waiter restoran

ramai je customers Malaysia kemas pinggan lepas makan. memudahkan aku nak kemas meja. alhamdulillah..
no matter the race. customers yang decent looking. soft spoken and very polite.
meja diorang pun bersih. diorang lap guna tisu lepas makan. takde sos, kuah atau air tumpah
Quote musangbodoh 17-3-2022 08:19 PM
azie5zoe replied at 17-3-2022 05:49 PM
Kalau susun pinggan atas meja lepas makan bagi iols biasalah. Iols pun buat cemtu gak. Kalau tolong  ...

nk puasa dah...tukaulah avatar kang terliuq
Quote slyfynx 17-3-2022 08:48 PM
Ni mesti x pernah buat.
Sekali kemas pinggan terus up kt medsos.
Orang dah biase kemas die x de la batak nk up menunjuk kt orang
Quote Mulotkoyak 17-3-2022 09:35 PM
Rase itu normal kot… mungkin bagi sesetengah org pelik. Dan mmg ade sesetengah tuh mmg mkn tingal spesis sakai. Pemalas. Maybe lahir dlm jamban.
Quote Perawankota 17-3-2022 10:30 PM
Rasa ramai je yg buat..
Quote rahsier 17-3-2022 10:53 PM
Ala aku pun buat mcm tu jugak.. cuma tak femes je..
Quote che-cikL 17-3-2022 10:53 PM
Edited by che-cikL at 17-3-2022 10:56 PM

Nampak nau muka berlakon sambil kembang hidung bangga.

Org yg biasa buat, tak pernah terfikir nak rakam pun
Quote nakkomenjugak 17-3-2022 11:14 PM
haritu di maki
hari ni disanjung
keee iol salah baby ke salah shima?
aihhh pening
Quote imransulaiman 18-3-2022 08:52 AM
Tak payah upload kalau buat kebaikan WALAUPUN niat nak sebarkan aura positif! Biar orang lain yang upload yang takde kaitan langsung...bukan diri sendiri. Baru nampak ikhlas.

Ni nanti esok lusa kau tak kemas meja tinggal macam tu je dan orang nampak, kau mesti akan bagi alasan - saya terpaksa sebab nak kejar masa..

WTH sungguh!
Quote azie5zoe 18-3-2022 08:53 AM
musangbodoh replied at 17-3-2022 08:19 PM
nk puasa dah...tukaulah avatar kang terliuq

Takper..tengah cari avatar lagi cun..

Quote Budakmomok 18-3-2022 08:55 AM
Ok baiklah
Quote Cpkay 18-3-2022 09:03 AM
stop it baby oiiii... pelesu sangat.
Quote seri_mawr 18-3-2022 09:27 AM
baru first time kemas meja lepas mkn kat kedai ke..?


ingatkan tadi dia tolong hntar ke dapur kedai makan..hahaha....
Quote Mary_jane 18-3-2022 09:30 AM
Tak basuh pinggan sekali? Okay.
Quote ezacbee 18-3-2022 10:17 AM
Adrif replied at 17-3-2022 08:00 PM
pernah part time waiter restoran

ramai je customers Malaysia kemas pinggan lepas makan. memudahkan  ...

Ada yg jenis makan bersepah sampai tulang ayam berterabur kat bawah meja bukan atas meja. Kalau atas meja senang nak kemas ni bawah meja. Family melayu ni tak tau klo makan kat umah camne.
Quote damian_lee 18-3-2022 10:20 AM
malaysian ni pelik

solat kena puji
kemas pinggan puji
kanak2 pandai abc puji

benda yang common2 pun mcm sesuatu yang wow

wonder sangat kehidupan diorang mcm mana sbnrnya
sbb sesuatu yang biasa mcm terlalu luar biasa
Quote lattehazelnut 18-3-2022 10:23 AM
Biasa je.. common sense kot..
Cuma pinggan besar yang makan kat restoran steak ke apa, i tak tindih la..
Adik i dulu part time waiter cakap nnti susah nak basuh sbb nanti belakang dia berminyak..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046884 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top