Finalis Miss Malaysia, Abby Lee teruk dikecam netizen selepas dikatakan membuat kenyataan "panas" dan menjadi tular di media sosial. Memetik laporan Malay Mail,seorang pengguna Facebook bernama Hui Yee telah berkongsi beberapa siri kenyataan yang berbaur wasangka dan rasis di mana Abby didakwa mengutuk negara Malaysia dan juga masyarakat Asia. Dalam hantaran Hui Yee itu, Abby dilihat membuat kenyataan di mana dia menyertai pertandingan ratu cantik itu hanya disebabkan kepentingannya dan bukanlah kerana dia mencintai negara Malaysia. Loading FB Post...
Saya menyertai ini (Miss International Malaysia (MIM)) hanyalah untuk kepentingan saya. Bukan kerana saya cintakan negara saya. Mereka yang rapat dengan saya tahu bahawa saya tak pernah ambil berat mengenai Malaysia. Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah. Abby juga didakwa pernah menyatakan kekesalannya kerana tidak dilahirkan di negara China atau Jepun yang lebih maju berbanding Malaysia selepas insiden yang melibatkan dia bersama seorang jurugambar yang telah mengambil fotonya dengan kualiti yang tidak baik semasa acara berlangsung. Kenyataan Abby itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana bersikap tidak jujur dan rasis. Selain itu, ada dikalangan netizen yang meminta beliau untuk keluar dari Malaysia jika dia tidak tahu bersyukur dan tak kurang juga mendakwa bahawa Abby tidak mempunyai kualiti sebagai seorang ratu cantik. Tidak lama kemudian, Abby tampil membuat kenyataan balas di mana dia mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah palsu. Selain itu dia turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat jahat dan turut memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan kelakuannya itu. Apa pun, bersyukurlah kita dilahirkan di Malaysia yang aman damai, masyarakat majmuk yang prihatin dan masing-masing bebas mencari rezeki. Bak kata peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. - CARI |
mendeluk replied at 17-3-2022 04:38 PM
Orang melayu lagi bertiang lawa2. Tapi sayang tak boleh join
aduh2sayang replied at 17-3-2022 04:41 PM
ye ke sis tak boleh..bukan ke erra fazira bekas ratu cantik malaysia ke tahun 1992
aduh2sayang replied at 17-3-2022 04:41 PM
ye ke sis tak boleh..bukan ke erra fazira bekas ratu cantik malaysia ke tahun 1992
Abby juga didakwa pernah menyatakan kekesalannya kerana tidak dilahirkan di negara China atau Jepun yang lebih maju berbanding Malaysia selepas insiden yang melibatkan dia bersama seorang jurugambar yang telah mengambil fotonya dengan kualiti yang tidak baik semasa acara berlangsung.
DayangKirana replied at 17-3-2022 04:49 PM
aku baca post tu...await jinjang bukit ni bitter sesangat?
sampai main hina2 nama Allah plak..
ko dh ...
ADVERTISEMENT