CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Saya Kritik Jadi Pedas" - Fazley Tak Makan Hati, Tetap Anggap Iqram Sahabat

17-3-2022 03:52 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3780| Komen: 30|Original author: LilRose

Walaupun dihimpit kontroversi berbalas kenyataan sebelum ini, cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob mendedahkan hubungannya dengan pelakon Iqram Dinzley tidak akan pernah berubah.


Menjelaskan situasi sebenar kepada Media Hiburan, Fazley menegaskan dia tidak berniat mensensasikan isu berkenenaan.


Kredit foto: IG

“Pada saya, Iqram akan sentiasa menjadi sahabat saya. Tujuan saya mengeluarkan kenyataan sedemikian bukan untuk menegur tapi sekadar memberikan komen dan pendapat.

“Setiap orang dalam industri ini bebas untuk memberikan pendapat. Prinsip saya tetap satu, tidak kiralah pelakon, penyanyi atau pemain muzik, kita semua satu keluarga. Saya ada abang long, kak long, pak teh dan macam-macam lagi.


“Bila saya memberikan komen, tiada langsung niat untuk menjatuhkan atau menjadikan isu tersebut sensasi. Apa yang saya dan Iqram katakan, isu ini bukan untuk diperdebatkan.


Kredit foto: mStar

“Dia bebas untuk mengatakan apa sahaja. Begitu juga saya. Pada saya, dia masih sahabat,” katanya kepada MH.

Dalam masa sama, Fazley tidak makan hati dengan kata-kata Iqram terhadapnya dan masih menghormati sahabatnya itu kerana itu apa yang dia rasai.

“Saya hanya menyuarakan apa yang ibu bapa rasakan. Pada saya, dia ada kebebasan untuk bersuara sebab itu platform dia sendiri. Apa yang dia nak cakap itu hak dia.

“Saya tak ambil hati pun dan saya harap dia juga begitu. Melainkan kalau saya memang mengkritik. Kalau saya kritik, ia akan jadi pedas, tapi itu hanya lontaran pendapat,” jelasnya.


Kredit foto: IG

Membalas dakwaan ramai yang menyifatkan tindakan Iqram itu sebagai keterlaluan, Fazley berkata, itu memang cara dia.

"Setiap artis ada cara masing-masing. Ada yang bercakap pedas, ada yang lembut dan ada juga yang bercakap tanpa mengira perasaan. Itu adalah content masing-masing.

“Kalau saya berjumpa Iqram di luar, dia masih macam orang biasa. Kami tetap bersahabat. Kalau itu cara mereka melontarkan pendapat, siapa kita nak menilai,” ujarnya.


Kredit foto: mStar

Fazley sebelum ini menyuarakan pandangannya berhubung kontroversi Iqram mencekik pelakon Mona Ellen untuk mempromosikan drama dan dari situ bermula adegan berbalas kenyataan antara mereka.

Fazley kata mereka masih berkawan, apa pula kata Iqram? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 17-3-2022 04:13 PM
euuwww amik gambar rope camtu.
Quote uori 17-3-2022 04:33 PM
cakap punyalah banyak tapi kenapa tak ulas langsung apa yang princecikibung kata tu?
Quote September14 17-3-2022 04:36 PM
Eww perasan ensem.. tua2 ni stop la selfie sis oiiii
Quote AshkieLa 17-3-2022 04:54 PM
laa diorg ade berbalas balas ke...
helok laa dua2 pun bermisai dan suka senyum tak nampak gigi
acah2 habis kacak.... yihhh
Quote Mulotkoyak 17-3-2022 05:12 PM
Knape laaa ak xbrape minat dua ekor semburit ni...
Quote laksmanabentan 17-3-2022 05:24 PM
Fakely... hahahaaa....
xde prestasi harapkan harta warisan tak habis2 yaaa...
untung laaahhh sbb tu orang nak join politik...
harta warisan sampai anak2 tak habis2..
hahahahhhahahaa....
Quote codenamedream 17-3-2022 05:38 PM
1 giler
1 fake
Quote deebiz14 17-3-2022 05:45 PM
Dedua pokcik cencurut tak laku.
Quote Naru 17-3-2022 09:54 PM
Pajli ni tak tau nak diam.
Quote fido_dido 17-3-2022 10:27 PM
memang la kau xnak kritik lebih2 nnt makin org gali pasal phd dgn unibesiti palsu kau tu
Quote mohdcrow 18-3-2022 12:23 AM
so betul ke tak?

takde jawapan
Quote rosannazmia 18-3-2022 12:31 AM
Boring nye
Quote kiah_mai_pulak 18-3-2022 07:49 AM
hahahahhahahaha kesian lah ponen tua ni,, acah2 tak bersalah pulakk dia... puiiihhhhhhhhh geli mattt tgk muka senyum sengett dia ni.. ingt lawa lah tu??????? gmbr dgn alif tu lglahhh.. alif punya lahh herlokk machoo abis sekali dia terusss bernonok vibesss. yekkkkkk geliiiiiiiiiiiii
Quote Harley_Quinn 18-3-2022 08:33 AM
Geli lah.
So dia diam jee psl statement iqram tu, btul laa tu kan.
Diam tnda setuju, gituuuu.
Quote Prickford 18-3-2022 08:45 AM
Dah kenapa si pazli ni nak berkokok? Diam je lah.
Quote 3chanceno 18-3-2022 08:56 AM
Misai kontot nie apahal balas2 komen? Kalau nak terpaling konon an open heart person, jawab lah pasal phd pelesu & sekolah kome tu
Quote Cpkay 18-3-2022 09:01 AM
paling terhensem kot dengan misai nipis macam tu .. i is kenot lah..
Quote Jajabeans 18-3-2022 09:21 AM
Boleh tak jgn tampal gambar senyum senget tu kat sini..
Quote cikatilia 18-3-2022 11:47 AM
aku prefer prince chiki walau dia weng weng

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.034336 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top