CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Menderita Ditinggalkan, Dah Move On Tapi Belum Boleh Duduk Semeja Dengan Bekas Kekasih

17-3-2022 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5990| Komen: 48

Pernah ditinggalkan kekasih dan gagal dalam percintaan merupakan salah satu pengalaman hidup yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi dan pelakon Nabila Razali.


Meskipun kisah menyedihkan itu sudah berlalu lama, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, berkata kesakitannya masih dirasai hingga ke hari ini.

Foto: IG


"Cerita putus cinta ini dah lama, sebelum saya jadi artis lagi. Kami sempat bercinta dalam setahun. Punca putus kerana orang ketiga... akhirnya saya ditinggalkan tanpa berita, tak tahu adakah hubungan itu masih berterusan atau dah tak ada lagi.

"Sekarang ini masing-masing dah move on, cuma ada beberapa perkara kita tak boleh lupa... luka mungkin dah hilang cuma parut itu masih ada! Dendam tu dah tak ada tapi sejujurnya nak duduk semeja belum boleh lagi.



"Tak apa la masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sekarang ini saya hanya fokus kerjaya, banyak benda yang saya perlu uruskan. Cinta? Saya masih belum fikirkan lagi buat masa ini," katanya kepada mStar.

Nabila ditemui semasa pelancaran novel Kerana Cinta Itu Ada yang diadakan di Bookxcess, MyTown, Kuala Lumpur pada Rabu.



Mahu memberi semangat kepada wanita lain yang pernah kecundang dalam perhubungan cinta mereka, penyanyi lagu Putus ini berkongsi idea dalam karya tulisan novelis Sophilea itu.

Kata Nabila, sebanyak 50 peratus perjalanan kisah dalam novel itu mempunyai kaitan dengan dirinya.



"Selalu kita sampaikan luahan isi hati dengan cara menyanyi, layan seorang diri memikirkan tentang si dia, jadi sebab itulah saya buat dalam bentuk novel pula.

"Saya pasti setiap orang ada kisah cinta masing-masing dan pembaca boleh kaitkan dengan kisah mereka juga... saya kongsi pengalaman ini supaya bila orang lain baca mereka juga dapat pengalaman sama.



"Setiap orang ada cerita yang mungkin sama dan diharap dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus bangkit. Cumanya dalam novel ini watak dan jalan cerita diubah mengikut kesesuaian supaya lebih menarik untuk pembaca," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 17-3-2022 10:30 AM
lawo mcm ni pun kena tinggal, bodo la lelaki tuh

tp mgkin jodoh dia lg terbaik dr yg itu
Quote dejure 17-3-2022 10:54 AM
manehnya replied at 17-3-2022 10:30 AM
lawo mcm ni pun kena tinggal, bodo la lelaki tuh

tp mgkin jodoh dia lg terbaik dr yg itu

Tang mana yg lawanya? Suara pon penyek
Quote cmf_premierleag 17-3-2022 10:55 AM
Kalo aku jd lelaki tu pun mmg aku akan tinggalkan nabila ni
Dah la x lawa..gedik dan mengada pun ye jugak
Eeeii kowserrr
Quote prince_marhaen 17-3-2022 10:56 AM
entah lah Cik Nab...kadang cerita kau broken ni daripada lagu cumi-cumi lagi, hujung-hujung lagu baru lagi...pusing-pusing gitulah cerita kau, bila live hauk macam-macam alasan & cerita sedih je ada.. imej pun kadang tu comel, kadang tu macam rempit pun ada... tak konsisten..
Quote vanillaninja 17-3-2022 10:56 AM
manehnya replied at 17-3-2022 02:30 AM
lawo mcm ni pun kena tinggal, bodo la lelaki tuh

tp mgkin jodoh dia lg terbaik dr yg itu

I jujur rasa sheols biasa je. Tak lawa.
Quote She-Ra 17-3-2022 10:59 AM
bercinta tak sampai setahun, broken kemain yek
yelah lain org lain pulek cara bercinta namati tuu

iols aman2 jah boleh borak2 dgn ex
putus secara aman, maka amanla sampai sekarang
Quote JalaEmas 17-3-2022 11:01 AM
Nthlaa.. Tp yg pasti aku suka tgk die gayakan square atau shawl.. On point, menjadi aje.
Quote julia5094 17-3-2022 11:01 AM
Love the gold dress so much. ..i suka nabila razali ni... Biar la muka basic pun. Tapi sense of fashion dia tu, nampak fresh..sebab tu ramai anak2 muda suka dia ni kot.

Quote September14 17-3-2022 11:14 AM
Dia ni pandai bgaya utk org btudung sbbtu dia nampak lawa…. Lawa x semestinya muka ko kena perfect mcm barbara palvin.. acik2 kepam forum klu mencerca mcm dr sendiri tu cantik benoooo
Quote KamikuP 17-3-2022 11:16 AM
Kalau Erra pakai apa pun nampak cantik terletak.. Nabila pulak pakai tudug apa pon ttp nampak santek dan anggun.. wah gitu.. ada yg nak muntah ke cuollS?
Quote nanasno 17-3-2022 11:22 AM
oo ingatkan broken dengan haelina. dulu ingat kan dia dengan haelina ada gambar pakai kasut gucci sama2.
Quote mizruncing 17-3-2022 11:25 AM
sapekah boifren nya itu
Quote manehnya 17-3-2022 11:27 AM
dejure replied at 17-3-2022 10:54 AM
Tang mana yg lawanya? Suara pon penyek

suara mmg kelaut, kulit ploles... x dak gedik mcm shiza zik, wani korie n babyshim
Quote AnnaSendin 17-3-2022 11:29 AM
Pencapaian tade, sekadar citer gediks jur lah yang sheols boleyh hidangkan.
Quote stania83 17-3-2022 11:43 AM
nak tiru sentimen taylor swift ke nihh
Quote swateng1 17-3-2022 12:03 PM
adoi..tolongaaaahhh..
takdak bab lain ka nk cerita.
kena tgl bf, takleh move on..
bla.. bla..bla..
benda lama dah reput laaa.
Quote Mooverine 17-3-2022 12:06 PM
semua kita ada kisah cinta yang rasanya kalau dinovelkan atau buat drama, mesti laku keras
Quote cikgojesss 17-3-2022 12:16 PM
obviously, cikki yang bawak patung celaka masa cucuk vaksin adalah cikki yang perangai hanat, bodoh, tongong dan wajib ditinggalkan oleh mana2 lelaki pun.. so?
Quote deebiz14 17-3-2022 12:19 PM
Menderita ... ngalahkan orang kene tinggal lakik plak. Siap buat novel... Apoooh.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046629 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top