CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lebur Hampir RM16K, Pemuda Kena Scam Iklan Kerja Separuh Masa

17-3-2022 01:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1275| Komen: 7|Original author: Tatod


Isu scammer bukan lagi perkara baru yang terjadi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Saban tahun ia menjadi bahan yang dibahaskan sama ada menerusi media sosial ataupun dilaporkan oleh media tempatan.

Suatu ketika dahulu, sindiket gores dan menang yang menawarkan pelbagai kelengkapan dapur dan rumah, seringkali memperdaya wanita terutamanya yang bergelar suri rumah untuk masuk ke dalam perangkap mereka.

Antara penipuan terbesar adalah Macau Scam berkaitan dengan pengubahan wang haram iaitu memperdaya mangsa dengan membuat panggilan mengatakan mereka daripada institusi kewangan.


Seiring waktu, penipu menggunakan modus operandi berbeza bagi menggelakkan identiti mereka terbongkar hingga menyukarkan pihak polis melakukan tangkapan sekali gus mematahkan kegiatan mereka.

Menerusi Twitter, pemilik akaun dengan nama Aboi berkongsi pengalamannya menjadi mangsa penipuan yang menjanjikan komisen selepas tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dalam tempoh tertentu.



Menurut cerita Aboi, dia ternampak iklan kerja kosong separuh masa ketika sedang melayari Facebook. Tertarik dengan tawaran itu, dia menghubungi nombor telefon yang disediakan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai pekerjaan berkenaan.

Seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Sophia menerangkan bidang kerja yang ditawarkan. Bersetuju menerima pekerjaan terbabit, Aboi dimasukkan dalam kumpulan Whatsapp untuk individu yang melakukan tugas sama seperti dirinya.




"Saya hubungi admin untuk dapatkan task. Setiap task kena selesaikan dalam masa 10 hingga 15 minit. Mula-mula kena click pada link Shopee yang dikirim kemudian tambah barang dalam troli, screenshot dan hantar gambar tangkap layar kepada admin tadi.

"Dia berikan satu nombor akaun untuk saya lakukan pindahan wang. Tugasan pertama dan kedua, saya transfer ke akaun yang sama. Saya mula percaya kerana menerima komisen 10 peratus selepas selesai melakukan task satu dan dua," katanya.

Tidak mengesyaki ia adalah bentuk penipuan, masalah timbul ketika Aboi memulakan sesi tugasan ketiga yang membabitkan sejumlah wang dengan nilai yang lebih tinggi.



"Apabila saya sudah melakukan bayaran penalti sebanyak RM3,299 tiba-tiba saya dimaklumkan system down dan urusan bayaran balik hanya dapat diteruskan pada 11 pagi keesokan harinya. 

"Saya memang bodoh kerana baru nak stop. Saya beri apa yang diminta kerana ingin dapatkan semula refund itu tetapi hanya harapan palsu," katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka kehilangan sejumlah wang gara-gara diperdaya dengan taktik yang sama.





Walaupun ada yang mengatakan dia menjadi mangsa penipuan kerana tamak dan bodoh tetapi masih ada segelintir yang mendoakan agar pemuda itu tabah dan menghadapi dugaan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 17-3-2022 02:02 PM
Dik dlm hidup nie tak dak keje senang...kalu jadi scammer yer ler...

Kaka nak laknatkan NUR SYUHADA BINTI SU dan keluarganya boleh tak...scammer laknat....moga keluarga dan keturunan dilaknat semua mahkluk dunia...
Quote Rockafella 17-3-2022 02:20 PM
Generasi baru pun mudah terkena scam ek? Lemah~
Quote _blackbird 17-3-2022 02:25 PM
kang ckp bodoh, offended pulak. org mcm ni takda logic ke dlm otak mereka. ermm kalau dah nama pon kerja yg bermajikan (makan gaji) tak kisah la separuh masa / sepenuh masa mana la ada ko kena korbankan duit sendiri utk dpt gaji oiiii... ko cuma kena korbankan masa & life ko utk kerja mcm lembu then sebagai balasan majikan ko kasi gaji
Quote Rockafella 17-3-2022 02:33 PM
_blackbird replied at 17-3-2022 02:25 PM
kang ckp bodoh, offended pulak. org mcm ni takda logic ke dlm otak mereka. ermm kalau dah nama pon k ...

Jelas dia tak faham konsep kerja makan gaji.
Quote myakayina 17-3-2022 02:52 PM
klu dah mintak transfer duit bagai sah2 la tu scammer dik oi..
Quote Artemesiaa 17-3-2022 03:07 PM
Mana ada yang nak kerja kena bayar majikan.  Patut dari situ dah boleh fikir mungkin itu penipuan.
Quote _blackbird 17-3-2022 03:47 PM
Rockafella replied at 17-3-2022 02:33 PM
Jelas dia tak faham konsep kerja makan gaji.

kan.. lagipon byk je kisah mcm ni dah jadi. mo sama je. dak dak twitter kan selalu budget bagus & sentiasa perasan bijak ni takkan la mudah bebenor kena tipu. uhuhuhu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.210721 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top