Supermodel terkenal, Bella Hadid menyesal melakukan pembedahan pada bahagian hidung semasa dia masih remaja.
Menurut laporan Insider, Bella berkata dia sudah memiliki bentuk hidung sempurna dan tidak sepatutnya melakukan pembedahan berkenaan. "Saya harap saya mempertahankan hidung keturunan saya ini. Saya rasa saya patut membesar dengannya," katanya semasa temu bual bersama majalah Vogue edisi April 2022. Dalam pada itu Bella turut menjawab dakwaan kononnya dia mengubah wajah terutamanya pada bahagian bibir dan mata.
Kata Bella, tuduhan dia melakukan pembedahan pada muka menjadi topik perbualan kerana perbezaan foto semasa dia masih remaja dan terkini. "Orang ramai ingat saya ubah wajah saya kerana satu foto semasa saya remaja nampak tembam. Saya yakin wajah anda juga nampak tak sama semasa berusia 13 tahun? "Saya tak pernah gunakan filler (satu rawatan suntikan pada bahagian muka). Mari tamatkan spekulasi ini. "Sebenarnya saya tak ada masalah dengan (rawatan) filler cuma itu bukan untuk saya. "Sesiapa pun yang berfikir saya menaikkan mata atau apa pun namanya... itu semua adalah face tape iaitu satu trik lama (teknik solekan menaikkan wajah)," ujarnya. Sumber: mStar
|
ainonymous replied at 18-3-2022 12:59 PM
cantiknya Gigi..mcm mana ek nak cantik gitu. theyols ni keturunan Palestin ek..
Whatsofunnyth replied at 17-3-2022 02:46 AM
Iolss tak prcya dia takde operate yg lain, Before operate muka sebijik macam daddy dia hahahaha
Iol ...
ADVERTISEMENT