Lebih sedekad menceburi bidang penyampaian radio, Dina Nadzir akui sentiasa menjalankan tugasnya dengan rasa tanggungjawab dan berilmu.
Malah, sebagai penyampai radio Sinar FM, Dina atau nama penuhnya Faradina Mohd Nadzir, 36, dalam masa sama bangga kerana dapat mewakili suara wanita dalam memastikan pendengarnya tidak terlalu ‘stereotype’ terhadap satu-satu jantina. Menjawab soalan ketika ditemu bual Gempak sempena Hari Wanita Sedunia, Dina mengakui diet adalah benda paling mencabar pernah dilakukannya dalam hidup. "Diet. Hahaha. Tak pernah berjaya!
"Sebenarnya terlalu banyak. Setiap hari ada cabaran yang berbeza-beza. Tapi secara general, cabaran yang paling susah adalah untuk kekal positif dalam apa juga yang berlaku," jawabnya. Sumber: Gempak
|
Mary_jane replied at 16-3-2022 07:56 PM
I tengok ada juga kengkawan yang kurus gila lately. Asal bukan kurus sakit tu dah lah. Rahim & Man R ...
Mary_jane replied at 16-3-2022 07:56 PM
I tengok ada juga kengkawan yang kurus gila lately. Asal bukan kurus sakit tu dah lah. Rahim & Man R ...
AcikBuncit replied at 16-3-2022 09:15 PM
First skali kena stop minum manis.. Minum air putih je.. Kalu tu pn dh xleh buat, lupakan jela diet. ...
ADVERTISEMENT