Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang seorang wanita yang mengamuk terhadap tiga peniaga cili yang dikatakan menipu sukatan timbangan.
Menerusi video yang dikongsi Menarik, seorang pelanggan meluahkan rasa kesal sebelum mengamuk berikutan ditipu peniaga cili di sebuah pasar di Indonesia. Dia kemudian menengking ketiga-tiga peniaga tersebut dan disaksikan pelanggan lain di tempat kejadian. Dakwa pelanggan itu, kejadian seumpamanya bukan kali pertama berlaku dan sebagai bukti dia meminta peniaga berkenaan mengeluarkan mesin penimbang dan menimbang di hadapannya.
Di hujung video itu, kelihatan pelanggan terbabit beredar dan memberikan peringatan kepada pelanggan lain supaya tidak membuat pembelian di kedai berkenaan. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan keberanian wanita itu dalam menuntut keadilan sebagai pembeli. Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT