Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sebahagian pekerja syarikat penghantaran barangan iaitu J&T Express (Malaysia) Sdn Bhd dikatakan telah diberi surat perletakan jawatan oleh bahagian sumber manusia (HR) sebagai cara pemberhentian pekerja secara beramai-ramai. Menurut laporan Majoriti, pengguna Facebook Puteri Nur Amirah Farisya memuat naik hantaran video itu di grup "Kemalangan Jalan Raya Hari Ini 2022". Video itu memaparkan seorang lelaki memegang surat yang tertera namanya manakala isi surat mengatakan dia telah meletak jawatan sebagai "dispatcher" yang berkuatkuasa 14 Mac 2022.
Loading FB Post... Berdasarkan alamat pada surat berkenaan, dipercayai kejadian berlaku di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Puteri merasakan HR di J&T telah membuat draf surat letak jawatan kepada pekerja J&T supaya pihak J&T mengelak dari membayar pampasan kepada pekerja jika mereka mahu membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Ekoran kejadian itu, pihak J&T masih tidak beri lagi respon dan video asal di TikTok milik @Hamzi_nang itu telah dipadam. - CARI |
supernaturalee replied at 16-3-2022 07:10 PM
J&T - Johor & Terengganu
supernaturalee replied at 16-3-2022 07:10 PM
J&T - Johor & Terengganu
dubuk replied at 16-3-2022 07:49 PM
wei aku nak tanya kalau rumah flat/apartment memang diorang ada hak tak nak naik ke?
matbad replied at 16-3-2022 08:33 PM
j&t pecah 2. founder j&t sorg lagi katanya dah tubuhkan flash express. ramai yg terpaksa kna brenti
matbad replied at 16-3-2022 08:33 PM
j&t pecah 2. founder j&t sorg lagi katanya dah tubuhkan flash express. ramai yg terpaksa kna brenti
ADVERTISEMENT