CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizi Ali Mahu Beri Ruang Untuk Shakilla, Tak Terburu-Buru Nak Rujuk Semula

16-3-2022 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3170| Komen: 9

Sambutan hari ulang tahun kelahiran anak kepada penyampai radio Suria FM iaitu Ameena Sofia baru-baru ini menjadi bualan ramai.

Paling menyentuh perasaan apabila Fizi dan bekas isterinya yang juga pelakon Shakilla Khoriri dilihat mesra bagi memastikan anak mereka gembira.

Foto: IG


Rata-rata netizen terus mendoakan agar kedua-dua mereka kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri demi kepentingan anak.

Namun bagi Fizi, dia menyerahkan soal jodoh kepada takdir.



“Bukan tak terfikir untuk kembali demi anak, tapi buat masa ni biar Killa dan saya rasa okey sedikit.

“Maksudnya bagi masa untuk diri sendiri, tapi kalau tak ada jodoh tetap tak boleh buat apa.

“Tapi yang penting anak kami dapat dibesarkan dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada mStar.



Fizi dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021.

Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 16-3-2022 03:25 PM
Eh dah kenapa keluar tered laki ni hari2?
Nak rampas tiara jahlop or bilal ke?
Quote msel 16-3-2022 03:49 PM
Bercakap dengan anak xpayah bercakap dgn ig. Berperenggan2 karangan.
Quote totokreturn. 16-3-2022 03:51 PM
jangan lama lama takut dirampas orang
Quote babelina 16-3-2022 04:08 PM
asyik2 citer dorg nie.. boring nye..
Quote AshkieLa 16-3-2022 04:40 PM
sorang pelakon biasa2.. sorang deejay...
both tak semua orang kenal...
tapi perangai mengalahkan mcm terkenal level SongSong couple yg dah divorce tu...
Quote Mary_jane 16-3-2022 04:42 PM
Hari2 cari forum kena update cerita diorang eh.
Quote jijilaaa 16-3-2022 05:15 PM
bini dia tu pun anak kena covid dah mcm penghujung dunia nak kiamat. tak perlu salahkan si fizi tu pun. fizi tu asbab je utk anak dia kena. what if anak dia positif dari emaknya..adakah emaknya akan still meroyan di ig?
Quote harkktuih 16-3-2022 06:58 PM
Masih dalam edah ke nak rujuk2 balik?
Quote orkidorkido 16-3-2022 07:12 PM
Hmm udah udahlah tu
Aku rasa this couple needs mediator
Masalah takdelah besar sangat, tak padan nak bercerai
Pastu nak meroyan bagai keduanya
Tukang tulis pun rajin duk update cerita diaorang
Letih tukang baca hahha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.052452 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top