Baru-baru ini di media sosial Twitter, ada ciapan dari pengacara TV iaitu Fedtri Yahya mengenai seorang individu bertanyakan melalui "direct message(DM)" mengenai "perasaan" anak tunggal di media sosial, kerana menurut individu itu dia mahu memiliki seorang anak sahaja setelah berkahwin nanti. Soalan itu ditanyakan semula melalui ciapan Fedtri dan ciapan itu mendapat pelbagai respon dari anak tunggal di media sosial yang berkongsikan kisah mereka. Difahamkan, ada yang mengatakan kehidupan mereka rasa sunyi tanpa ditemani dengan adik-beradik yang lain.
Tambahan pula, ada yang memberitahu bahawa kebanyakannya anak tunggal tidak mempunyai ramai kawan, mereka juga lebih berdikari, kurang suka berkongsi barang peribadi dan selalu dibuli oleh orang lain. Berikutan itu, ada netizen menasihati ibu bapa yang mampu untuk melahirkan anak yang ramai supaya mereka tidak keseorangan apabila mereka menjadi dewasa. -CARI |
copy_paste replied at 16-3-2022 09:54 AM
ermm,betul la tu,bila sorg2 ni mmg xbest,x ramai kawan,x suka bising2,kena adapt bila dah kawin nt d ...
gigahertz replied at 17-3-2022 01:28 AM
kalau adik beradik ramai tapi yang lelaki tunggal sorang boring jugak.
adik beradik prempuan main ...
Prickford replied at 17-3-2022 09:07 AM
Meanwhile iolls tengah TTC ni. Dapat anak sorang pon jadilah. Doakan iolls.
ADVERTISEMENT