CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Busana Songket Lavanya Sivaji Untuk Indoor Judging Dipuji Netizen

16-3-2022 02:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3032| Komen: 14|Original author: Tatod


Doktor Lavanya Sivaji adalah salah seorang wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss World 2021 bersaing dengan 40 peserta lain dari serata dunia antaranya Indonesia, China, Kenya dan India.

Ketika sesi penilaian dalaman (indoor judging) berlangsung, wanita berusia 26 tahun itu memilih untuk menyarungkan busana songket dengan rekaan peplum dipadankan dengan seluar dihasilkan dari kain yang sama.


Menerusi Instagram Amaze Official, rekaan busana berkenaan diolah ala kebaya peplum berpusar pada bahagian belakang dipadankan dengan seluar ketat dan kasut dengan warna dan corak senada.

"Acapkali dilihat dalam helaian gaun mewah, sekali sekala menyarungkan helaian klasik kontemporari apa salahnya," tulisnya pada kapsyen gambar.

Lavanya turut menitipkan ucapan terima kasih kepada 'team' Amaze kerana menyediakan busana berkenaan untuk digayakan pada sesi penilaian dalaman. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 16-3-2022 02:13 PM
Ok la, cantik warna dia. Pendapat aku yg x pandai bab fesyen ni, lagi cantik kalau ada headpiece yg nampak traditional untuk balance out rambut modern bun tu
Quote helicornia 16-3-2022 02:24 PM
Lawanya lavanya
Quote vanillaninja 16-3-2022 03:20 PM
Cantik!
Quote AznieBunnie 16-3-2022 03:54 PM
azimodin replied at 16-3-2022 02:13 PM
Ok la, cantik warna dia. Pendapat aku yg x pandai bab fesyen ni, lagi cantik kalau ada headpiece yg  ...

aah. sokong.
boleh nampak macam Puteri Perak yang dimodenkan...

Quote imransulaiman 16-3-2022 07:48 PM
Teringat pula pada forumer Lava multinick. Hari ni mod bunuh, esok muncul nick baru. Apa khabar dia sekarang?
Quote febreze 16-3-2022 09:17 PM
time indoor interview, dia lepas rambut, tak pakai brooch, mcm tak siap je?
Quote doubleharmonic 16-3-2022 09:55 PM
imransulaiman replied at 16-3-2022 11:48 AM
Teringat pula pada forumer Lava multinick. Hari ni mod bunuh, esok muncul nick baru. Apa khabar dia  ...

bukan heshe dah jadi stinger ke sama jah perangai hari ni kena bunuh esok muncul pulak baru?

Quote puanbintang 17-3-2022 08:21 AM
tinggi kurus, cantik terletak pakai peplum..
Quote raihaneem 17-3-2022 08:24 AM
imransulaiman replied at 16-3-2022 07:48 PM
Teringat pula pada forumer Lava multinick. Hari ni mod bunuh, esok muncul nick baru. Apa khabar dia  ...

Lava dan stinger org yg sama ka?.
Quote raihaneem 17-3-2022 08:46 AM
Kalau ada aksesori skit tp jgn sarat..mesti lagi lawa. Nmpak mahai songket tu...
Quote tintin22 17-3-2022 08:56 AM
love
Quote Cpkay 17-3-2022 09:56 AM
love sangat.. nampak very outstanding.
Quote rahsier 19-3-2022 12:47 AM
Cantiknya baju dia
Quote ayukpingu 19-3-2022 08:49 AM
cantik sangat.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.166350 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top