CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Tahun Buat Kek, Ariz Nak Kembali Jadi Artis Tapi Ada Syarat

16-3-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3023| Komen: 20

Setelah sekian menyepi dari dunia seni, Ariz Lufias yang juga merupakan anggota kumpulan Forteen mahu kembali aktif berlakon dan membuat persembahan pentas.

Menurut Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 30, perasaan teruja berlakon datang semula apabila dia berjumpa peminat ketika membuat persembahan bersama Forteen sekitar Disember tahun lalu.


Foto: IG

Ariz yang bakal membintangi drama Papaku Playboy mengakui sedikit gementar untuk kembali ke set penggambaran.

“Sejak hujung tahun 2019, saya buat keputusan untuk rehat dari dunia seni kerana ketika itu arwah bapa sedang sakit.


“Selepas bapa meninggal pada April 2020, saya rasa lebih selesa untuk duduk di rumah dan berniaga kek.



“Bagaimanapun hujung tahun lalu saya ada membuat persembahan bersama Forteen dan dari situ timbul rasa teruja untuk kembali aktif.

“Memanglah sangat seronok apabila diberi tawaran berlakon, namun ada sedikit rasa gementar untuk kembali ke lokasi,” ujarnya kepada mStar.

Bercakap tentang tawaran berlakon, Ariz berkata, dia hanya akan menerima watak yang sesuai dengan dirinya.



Dalam masa sama Ariz juga tidak melihat kemunculan pelakon-pelakon baharu sebagai satu cabaran buatnya untuk kembali memikat hati peminat.

“Kalau boleh saya tidak mahu watak yang terlalu berat dan saya akan terima tawaran berlakon jika sesebuah produksi bersetuju dengan syarat saya.

“Disebabkan sekarang ini saya ada perniagaan menjual kek, jadi masa harus dibahagikan sebaik mungkin untuk kedua-duanya.



“Saya percaya pasti ada ruang dan peluang untuk semua anak seni. Jika masih diterima maka saya akan teruskan berlakon,” katanya.

Selama berehat dari sebarang aktiviti seni, Ariz menguruskan perniagaan Dapur Bik Senah yang menerima tempahan membuat kek.

Katanya pengalaman berniaga dan menghasilkan kek sendiri banyak mengajar untuk lebih bersabar.



“Kalau dahulu saya seorang yang susah untuk fokus apabila melakukan sesuatu kerja.

“Berniaga dan membuat kek sendiri mengubah saya menjadi seorang penyabar.

“Selain itu saya juga seronok melihat ibu saya gembira dengan perniagaan yang dijalankan,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-3-2022 11:58 AM
Sendunyah benang ni
Quote Kepot 16-3-2022 12:36 PM
sepupu anzalnakan dia ni.
Quote uori 16-3-2022 12:43 PM
siapa ni? apa syaratnya? malas nak baca sebab sendu sangat

#jangankecam
Quote ezacbee 16-3-2022 12:51 PM
drama Papaku Playboy, sapolah bapak dia
Quote auntyonion 16-3-2022 01:13 PM
Relevant lg eh dia ni
Quote chekacheku 16-3-2022 01:17 PM
Br nk memunculkan balik..slamat kembali..rajinnya baking..deko etc..
Quote chekacheku 16-3-2022 01:18 PM
Welkam bek..dik senah???
Quote Mary_jane 16-3-2022 01:23 PM
Pandai dia buat kek. Ahli2 Fourteen dah masuk gua ya since Izzue keluar/dibuang.
Quote elnor_81 16-3-2022 01:36 PM
Baik la ko nege kek dik. Blaja deco yg vass. Masyuk gak
Quote lattehazelnut 16-3-2022 01:46 PM
Not bad.. nampak la improvement..

https://www.instagram.com/dapurbiksenah/?utm_source=ig_embed
Quote AshkieLa 16-3-2022 01:46 PM
ade talent buat kek jenis deco2...
Quote anony-mous 16-3-2022 01:49 PM
Masa zulin kahwin, heols dtg ke x?
Quote imanjannah 16-3-2022 02:11 PM
cantik kek dia buat..
Quote ally9970 16-3-2022 02:21 PM
Hebat sangat ke berlakon sampai nak kena letak syarat bagai?
Quote wak_pijah 16-3-2022 03:27 PM
Fuiyoo ku sungguh kagum dgn lelaki berbakat dlm bidang kulinari sebegini. Apalagi kalau mmg ada rupa.
Quote Suchi 16-3-2022 03:29 PM
Dia ni duk area bdr baru bangi kan? Tak silap famili dia org situ kan.
Iols penah terserempak dgn dia ni kat ioi city mall. Dia dlm restoran sepiring ke apatah yg kat level atas tu.
Rasa muka cam dia, iols buat bodoh je tak tegur pun mmg tak penah tegur mana2 retis bila terserempak.
Quote myakayina 16-3-2022 03:29 PM
baking tu ko jgn stop la..berlakon tu isi masa lapang ko je ikut watak yg sesuai..
baideway heols ni ummah dlm lemari ke tidakk.. hrp2 tak la..
Quote ghalibboy 16-3-2022 03:33 PM
Tahniah, cantik kek
Quote tempoyaki 16-3-2022 03:34 PM
elok keknya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.137661 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top