Belum habis dengan kontroversi Kak Long 7E, kali ini dia menjadi bualan hangat apabila mengajuk cara berjalan golongan OKU.
Dalam rakaman tular tersebut, wanita itu dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontarkan oleh orang ramai sambil berjalan senget berserta melakukan riak wajah yang pelik. Tindakannya itu dianggap sangat melampau dan biadab. Ramai yang berang dan menuduhnya terlalu taksub mengejar populariti sehingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.
Antara komen: “Malu la jadi mak kalau perangai macam ini, patutlah anak pun lebih kurang bahasanya, kalau yang patut tunjuk contoh baik pun gagal jaga adab." “Kalau Allah bagi cacat terus, baru dia insaf mungkin, berubahlah cepat, dari awal bulan cerita pasal mak cik ini tak habis-habis, dah kena kecam, minta maaf, esok video baru lagi, kecam lagi." Sedar dirinya dikecam, Kak Long tampil meminta maaf dan bertegas memaklumkan bahawa dia tiada niat sama sekali untuk mempersendakan golongan OKU. Dia juga kecewa apabila sering menjadi sasaran pengguna media sosial yang hanya mencari kesalahannya untuk disebarkan. -CARI
|
haruslah replied at 16-3-2022 11:59 AM
Stop share pasal dia
Lg dia suka
Marketing
nellyberry replied at 16-3-2022 12:14 PM
Betul.
Dia mmg nak kan perhatian.
Skrg dah ramai org hire dia utk buat review produk.
ADVERTISEMENT