CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iqbal Sediakan Baju Branded Untuk Maid, Gaji Sampai RM5,000! Akan Layan Macam Keluarga Sendiri

16-3-2022 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3499| Komen: 29

Hasrat usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli mencari tiga orang pembantu rumah wanita dengan beberapa syarat dan kriteria tertentu mengundang persoalan dalam kalangan netizen.


Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Iqbal, 27, berkata dia mahu pembantu rumah wanita yang lebih berusia kerana pernah berdepan kejadian digoda sebelum ini.

Foto: IG

"Arwah ibu saya tidak begitu suka saya ada pembantu rumah kerana pernah ada kes wanita cuba menggoda saya. Bukan sekali dua tapi berulang kali. Ini privasi untuk saya ceritakan lebih. Namun kali ini saya tidak dapat bertahan dek kesibukkan saya terlalu memerlukan orang untuk menjaga kelancaran harian saya.

"Untuk elakkan ada isu gangguan saya terpaksa ambil pembantu yang boleh berdiri sebagai sifat keibuan. Selain itu risiko kes pembantu lari mencari lelaki sedikit kurang jika saya ambil yang lebih berusia," katanya.

Dalam pada itu bercakap soal gaji, Iqbal berkata, dia akan menilai prestasi mereka terlebih dahulu dan sanggup membayar RM5,000 jika benar-benar layak.


Foto: via mStar

Tambah Iqbal ketika dihubungi mStar, pembantu rumah itu juga perlu menjaga imej dan memakai pakaian jenama kerana berkemungkinan akan menemaninya keluar bekerja.

“Sekarang ni saya dah temuduga dua orang pembantu. Tentang gaji, kita menilai prestasi mereka dahulu... untuk permulaan saya bayar gaji standard pembantu rumah dan maksimum gaji mungkin boleh mencapai RM5,000.

“Walaupun hanya pembantu rumah tapi mereka juga akan dijaga mengenai penampilan, lagi pula jika perlu menemani saya kerja di luar, semestinya perlu pakai baju yang branded dan perlu nampak kemas... saya akan layan mereka sama macam keluarga” katanya.



Menerusi laporan mStar pada Isnin, Iqbal memberitahu dia bimbang jika ada wanita yang mudah jatuh hati dengannya dan disebabkan itulah dia meletakkan syarat mencari pembantu rumah berusia 40 tahun ke atas.

Sementara itu, Iqbal berkata dia mahukan pembantu rumah berasal dari Indonesia kerana yakin mereka mampu menguruskan kerja-kerja berat berbanding pekerja dari negara ini.

"Tidak terlintas di fikiran saya untuk bersikap rasis. Cuma orang Indonesia lebih sanggup bekerja keras kerana ada sebahagian yang benar-benar susah.

"Mereka terbiasa kerja keras. Saya tidak sampai hati minta orang yang kita kenal basuh jamban, tandas begini.

"Sebab lain, jika orang Indonesia tanpa komitmen lain kerana mereka tiada saudara di sini untuk dikisahkan. Jika ambil orang Malaysia, setiap musim perayaan akan bercuti, kemudian jika merajuk akan pulang ke kampung halaman," ujarnya.

Ditanya mengapa dia mahukan tiga orang pembantu, Iqbal berkata setiap pekerja akan melakukan pengkhususan tertentu supaya mereka tidak terbeban dengan kerja yang terlalu banyak.



"Saya menganggap kerja rumah majoriti lebih teliti jika perempuan yang bekerja, contohnya perempuan ada kepintaran memasak, basuh pakaian dan mengemas pada waktu sama.

"Saya memerlukan banyak kemahiran berbeza. Ada yang saya akan fokus untuk masakan, ada yang pembersihan dan pakaian, ada pembantu perlu ikut saya keluar. Untuk kucing saya perlu dihidangkan daging empat kali sehari. Mahu lihat mereka membesar dengan baik.

"Lagi pula kerja pembantu rumah akan penat. Saya tidak mahu pembantu rasa terlalu beban. Kesibukan saya tidak sama seperti orang lain, terlalu sibuk!" katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 16-3-2022 11:12 AM
hehehe..sila mohon ya..mana le tau...ada rezeki.
tapi awas loh..jgn coba2 menggoda
Quote azie5zoe 16-3-2022 11:16 AM
Actually apa produk yang mamat ni keluarkan?Iols cuma tahu pasal dia ni bila wujudnya kontorversi dia dgn Dato Vida dengan nyanyi tak sedap jer.
Quote MyLadyMarmalade 16-3-2022 11:20 AM
Ate yang dok kemaruk dgn kome aritu bukan bidah yang 40thn ke ats ke iqbal oiiiiii?
Sek² bidah je le nk goda kome pun..taste sheolsssss
Quote shi_jewel 16-3-2022 11:29 AM
gigih ko nak iklankan pembantu rumah.

Sekarang orang guna agent la....kate kaye...tapi kamu act mcm marhein jer

sila respond mesej ni bebal, sambil tabur duit depan camera
Quote chandrahusin 16-3-2022 11:53 AM
ayat dia
saya terlalu memerlukan orang untuk menjaga kelancaran harian saya.
yg aku baca
saya terlalu memerlukan orang untuk menjaga kelancauan harian saya
Quote totokreturn. 16-3-2022 12:07 PM
adik dia ke yg jual produk vitamilk yang pakai keta mahal2 tu
Quote kotakominami 16-3-2022 12:10 PM
Jangan kau layan mcm bini sendiri udah ler...
Quote vanillaninja 16-3-2022 12:14 PM
Menyampah je baca. Terlalu sibuk kekdahnya. Kosser. Orang terlalu sibuk takde masa la nak buat benda2 merapu macam heols.
Quote Normabaru 16-3-2022 12:21 PM
Nek bida - PA (10k)

Vs

Giant Keba - Bik (5k)


MO sama..kenapa kita bg perhatian?
Quote helicornia 16-3-2022 02:30 PM
Udah2 buat liputan berita psl dia ni.sama jugak dgn kak long sewel tu
Quote eyansss 16-3-2022 03:27 PM
ni semua mintak perhatian jek…  nak berlawan ngan janda dia…  hahaha…
Quote kookiechip 16-3-2022 03:40 PM
Dah lah macam tenuk.
Takdenya perempuan muda terliur tengok kau. Lupa ke yg gila dkt kau dulu makcik umur 40+? So hati2 lah amik bibik umur 40 ni. Takut nanti dia jatuh hati
Quote lattehazelnut 16-3-2022 03:44 PM
Ko nak carik hamba abdi kan kje 24/7..
Takat masak, kemas, basuh toilet sume bukannye kne 24/7.. utk ko sorg..
Boleh balik hari je..
Quote msel 16-3-2022 03:57 PM
Ayat dia ni lagi tersusun berbanding bini tokey susu
Quote Megikari 16-3-2022 05:54 PM
Kuat membongak dia la ni
Quote manjalara_01 16-3-2022 06:09 PM
Sape la yg tergile2 kan mamat ni? Sampai tiap2 hari kluar thread psl die??

U guys have bad taste [em:12:]
Quote hasniey 16-3-2022 11:11 PM
Xpaham.kenapa nk bwk maid keluar teman dia kerja?yg tu hire la pembantu peribadi.PA
Quote orkidorkido 16-3-2022 11:15 PM
Otak udang betul, takkan lah orang gaji nak jadi PA.
Kau import butler dari uk jelah
Quote Hoola 16-3-2022 11:22 PM
,..............,.....................,................. Dan .........
Sekian.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.036874 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top