CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Bengang Beli Brokoli Harga RM21, Kena Kecam Balik Janganlah Belanja Di Tempat T20

16-3-2022 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8277| Komen: 127

Kecoh di laman sosial baru-baru ini apabila seorang wanita membuat kenyataan ringkas tentang harga bagi sayur brokoli di sebuah pasaraya terkemuka.

Menerusi ciapan ringkasnya itu, dia menyatakan sebungkus sayur tersebut dijual pada harga RM21 kerana diimport dari Australia.

Malah, dia turut membandingkan harga bagi sayuran yang sama di pasaraya lain.


Foto: Stockphoto

"Harga semasa RM2.99. Mungkin bukan dari Australia, tapi brokoli dari Cameron Highland pun bukan harga sama di pasaraya tersebut," ciapnya pada 14 Mac.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meninggalkan komen kurang senang terhadapnya dan kebanyakan memihak kepada pasaraya berkenaan.

Namun, tidak kurang juga yang bersetuju dengan pandangannya tentang harga brokoli yang tidak munasabah itu.



"Ada dua bahagian sayur di sana. Organik dan biasa... harga untuk sayur organik sangat mahal tapi kalau yang biasa tu okay saja.

"Kalau harga sayur brokoli dari Australia tu di luar bajet awak beli sahaja yang biasa, import dari China," kata salah seorang netizen.

Seorang lagi netizen menyatakan: Tidak semua sayur mahal... ada lagi murah dari kedai biasa tetapi bergantung kepada saiz bungkusan. Kalau ke pasaraya tersebut, saya selalunya beli sayur luar negara yang jarang ditemui.

Bagi seorang lagi pelayar Twitter, dia menyatakan bahawa peningkatan harga tersebut adalah disebabkan bencana banjir yang melanda Australia.

"Harga tinggi juga mungkin disebabkan masalah logistik dari ladang ke pelabuhan. Lagipun, dah habis musim brokoli di sana.

"Kawasan berbeza, kehidupan pun berbeza. 'Balik kampung' bagi orang United Kingdom adalah perbezaan tempat tinggal.

"Contohnya, London dan Gua Musang, Kelantan. Penduduk Gua Musang tidak dapat melihat keindahan London dan begitu masyarakat London yang tidak bisa memahami kemiskinan di Gua Musang," jelasnya.

Bagi seorang pengguna yang dikenali sebagai Iffah, dia turut mengakui harga pasaran brokoli di pasaraya tersebut sangat tinggi.

"I perasan juga, brokoli paling ketara beza julat harga kalau banding dengan pasaraya biasa. Pernah terbeli dalam aplikasi Happy Fresh sebab ingat dapat banyak," komennya balas.

Husna Husin juga menyatakan perkara sama 'Betul, tapi barang lain okay harganya kecuali sayur'.

Berkongsi kisah yang sama, pelayar bernama Elien memberitahu, jika membeli-belah di pasaraya tersebut kena selalu tengok tanda harga.

"Bukan sebab nak bandingkan harga dengan pasaraya lain tapi sebab nak tahu barang import atau tempatan dan harga yang ditawarkan masuk akal atau tidak. Tapi memang seronok beli sayur dan buah di sana," katanya.

Sementara itu, seorang lagi netizen yang dikenali Farhan memberitahu, dia pernah membelanjakan lebih RM300 di pasaraya tersebut.

"Punca beli RM300++ sebab beli tak tengok harga. Tadi tengok sikit sahaja bunga kobis tapi harganya RM15," katanya yang terkejut dengan tanda harga tersebut.

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang membuat jenaka dengan statusnya itu.

"Sokong makcik sayur tempatan."

"Untuk harga tu, saya harapkan brokoli tu boleh bercakap dengan saya dalam loghat Australia."

"Lepas makan automatik keluar loghat Australia 'hey mate'."

"Yang pergi ke pasaraya tu mesti T20. Jangan pertikaikan." -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 16-3-2022 11:01 AM
tanam sendiri len kali
Quote bottombikini 16-3-2022 11:07 AM
kau yg pilih pegi village grocer pastu komplen gila
Quote Samerosie 16-3-2022 11:15 AM
La, kenapa gi ambik yg dari Australia, ambil la dari china, sekepala maybe RM6 ke RM10.   Kat Jaya Grocer pun sama, ada dari Australia, China, Cameron, organic, baja composed etc.  Macam tak pernah pula yek asal dapat content ke?
Quote Normabaru 16-3-2022 11:29 AM
From china Pon sekilo dh 15 kt shopee..ape Kau fikir?
Quote kucingitam 16-3-2022 11:32 AM
just nak bagitau kawan2 sedara mara dia shopping kat village grocer...
Quote CocoCily 16-3-2022 11:48 AM
makan je la kangkung
Quote gekkou 16-3-2022 11:54 AM
masalah bila beli tak tgk harga, tak tgk origin
lepas tu viral
apooooo
Quote cmf_premierleag 16-3-2022 11:55 AM
Bodohnya la minah ni
Saja nk bagitau ko beli grocery kt village grocer je kan jadahnya
Dik, akak pun shoping groceries kt VG...even aku pun tahu celery murah dan mahal punya pun ada beza sbb dr china/australia bagai...tu blom lg hat organic dan yg bukan organic
Jgn peghak sgt boleh tak?
Bodohhhhh
Quote kotakominami 16-3-2022 12:13 PM
Beli kt mydin baru rm2.50 seketul
Quote musangbodoh 16-3-2022 12:14 PM
pe ade hal...x mkn sayoq ostolia mati ka??? perut tu kira bleh differentiate ke sayuq2 tu...taksub sgt dgn import....nie semua l&^%$u...

btw aku org kg
Quote SedihPedih 16-3-2022 12:16 PM
la..kenapa war2kan kebodohan sendiri...? hahaha

Quote Samerosie 16-3-2022 12:17 PM
kotakominami replied at 16-3-2022 12:13 PM
Beli kt mydin baru rm2.50 seketul

Baru order kat pandamart tadi RM4.50.   Capture.PNG

Quote pooh~key 16-3-2022 12:23 PM
Eh hellloooooo dek. Akak pun kategori miskin hina dina bandar ok dekkk…. Tapi akak rajin jah pergi village grocer tu dek!

Sebab akak guna otak bila nyopping tu dekkk… sifir dia mudah jah dek. Ukur baju di badan sendiri dek. Akak akan cari barang yang bukan organic yang tempatan atau import china punya dekkk… harga dia sama jah macam kat pasaraya marhaen busuk giant lotus matahari tf value mart checkers tu dekkkk oi!
Quote mizruncing 16-3-2022 12:40 PM
padan mukaa
Quote sukacactus 16-3-2022 12:43 PM
Sapa paksa dia beli?
Tu je nak tanya
Quote anitara 16-3-2022 12:59 PM
Tak tengok harga pastu nak salahkan kedai..
Harga yg import/organik memang lah mahal. Aku pun pernah terbeli sebab x tengok harga, tapi idok la pi viral kat socmed, dah memang silap sendiri.
Quote purplelilac 16-3-2022 01:08 PM
Amik jela from china punya dlm RM5 dah dapat. Yang kau amik Aussie or Organic punya mmg la harga dia belas2 hinggit. Mesti baru 1st time masuk jaya/village grocer ni
Quote krustykrab 16-3-2022 01:18 PM
Jgn makan brokoli byk2 nnt byk sgt kentut. Kesian kat opismate
Quote mizzmimi 16-3-2022 01:37 PM
Lain kali kalo shopping tengok price tag dek.. Jangan mata dok melilau kat henpon jek.. Dah teramik sayur IMPORT TAK TENGOK PRICE TAG pon terus merempan kat twitter..

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.132977 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top